Mudah saja cara buat sos lokcing homemade. Kalau nak makan sosej, keropok keping, jemput-jemput atau ayam bakar, boleh cicah dengan sos lokcing ini.
Kalau beli di kedai, rasa sos pasti akan ada yang kurang sebab setiap orang mempunyai selera yang berbeza-beza.
Oleh itu, kalau buat sendiri anda boleh ubah suai rasa sos mengikut kesukaan masing-masing. Barulah cukup rasa masam, manis dan pedas!
Baca juga: Buat Sendiri Sosej Homemade Guna Isi Ayam, Bebas Tanpa Pengawet!
CARA BUAT SOS LOKCING HOMEMADE
Bahan-bahan:
- 3 ulas bawang putih
- 3 cili besar (nak pedas letak juga cili padi)
- 2 batang akar daun ketumbar
- Air separuh cawan
- Gula melaka
- Garam
- Cuka
- Daun ketumbar
Cara-cara:
1. Kisar 3 ulas bawang putih, cili besar dan batang akar ketumbar dengan separuh cawan air.
2. Selepas itu, tuang bahan kisar tadi ke dalam periuk dan masak atas api sederhana.
3. Kemudian, masukkan gula melaka, garam dan cuka secukup rasa. Jika suka sos yang pekat, masukkan air bancuhan tepung jagung. (tepung jagung digaul dengan air)
4. Akhir sekali, campakkan daun ketumbar yang sudah dihiris. Gaul sebati dan siap!
5. Sedap dicicah dengan aneka sosej dan sate ikan.
Kredit resipi dan gambar: Fellina Fattah
Baca juga: Cara Buat Sos Thai Homemade, Cicah Dengan Apa Pun Sedap!