PENULIS

MyResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-25

Resepi Spicy Beef Wrap ini memang sesuai dihidangkan sebagai sarapan pagi mahupun makan malam. Bukan itu sahaja, ianya juga menjadi kegemaran seisi keluarga. Jadi kalau korang teringin nak makan makanan yang simple dan sedap bolehlah cuba resepi ini. Sangat mudah disediakan. Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Shud di kumpulan Masakan Melayu Lama Dan Baru di Facebook.

Kredit: Shud

BAHAN-BAHAN

  • Gardenia wholemeal wrap
  • Telur 2 biji
  • Daging burger ramly
  • Cili
  • Sos Cili
  • Mayonis
  • Mozarella cheese (boleh letak kalau nak lagi sedap)

Kredit: Shud

CARA-CARA

  1. Masak beef patty dulu dengan sedikit minyak.
  2. Pecah 2 biji telur dengan sedikit garam kemudian tambah cili. Kalau untuk anak makan tak perlu tambah cili pun boleh.
  3. Lepas kacau telur masukkan dalam kuali yang dipanaskan. Goreng telur ala-ala telur dadar.
  4. Letak wrap di bahagian atas telur
  5. Terbalik roti dan telur letakkan salad di atasnya.
  6. Letakkan daging yang telah dimasak. Potong kecil dagingnya.
  7. Letak sos cili. Boleh tambah mayonis atau thousand island ikut kreativiti.
  8. Sedia untuk dinikmati.

Kredit: Shud

Kredit: Shud

Kredit: Shud

Kredit: Shud

Selamat Mencuba

Kredit: Shud