salad buah

Jika sebelum ini kita selalu menonton tv sambil mengunyah jajan kan? Apa kata selepas ini jom tukar kepada salad buah yang mengeyangkan ini pula bagi menggantikan jajan.

Salah buah bukan sahaja sedap dan menyegarkan, tetapi baik untuk kesihatan tubuh badan lebih-lebih lagi buat mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.

Resipi Salad Buah Yang Menyenyangkan

Bahan-bahan:

  • Sebiji epal, sebiji lai, sebiji pir, sebiji oren (Apa-apa buah pun boleh, ikut selera masing-masing)
  • Setengah tin susu cair
  • Satu botol yogurt (130g)
  • 5 sudu besar mayonis

salad buah

Cara-cara:

1. Potong dadu semua buah-buahan.

salad buah

2. Masukkan ke dalam mangkuk.

3. Masukkan susu cair, yogurt dan mayonis. Gaul hingga mesra kemudian bolehlah masukkan ke dalam peti ais. Nyaman bila di makan dalam keadaan dingin.

salad buah

Kredit: Ani Zam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN