kuih gulung

Pening juga kepala ibu jika mempunyai anak yang suka mengadu lapar tanpa mengira masa. Anda boleh buat snek yang paling ringkas iaitu Kuih Gulung untuk mereka.

Maklumlah ibu-ibu sentiasa sibuk dengan tugas seharian, pastilah anda nakkan resipi snek yang paling cepat dan mudah dibuat.

Lebih-lebih lagi jika waktunya cuti sekolah, semua sedang bercuti jadi rumah mesti riuh rendah dengan ramainya ahli keluarga yang akan berkumpul.

Baca juga: Resipi Cucur Manis Versi Stick, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Tak dinafikan ibu-ibu yang terpaling sibuk di dapur. Kadang-kadang sampai tak menang tangan dibuatnya.

Bukan setakat sediakan sarapan, makan tengah hari dan malam, tetapi juga kena sediakan minum petang. Lebih-lebih lagi jika ada tetamu yang berkunjung ke rumah.

Jika tiada banyak bahan di rumah tapi teringin untuk mengunyah, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Kasmi Saharing di Facebook ini.

RESIPI SNEK KUIH GULUNG

kuih gulung

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur sebiji
  • 2 sudu gula
  • Tepung pulut

Cara-cara:

1. Pukul telur dan gula sampai kembang. Pukul pakai sudu saja pun boleh.

2. Dah kembang, masukkan tepung pulut. Agak agak saja sampai jadi doh. Kalau doh keras, renjis sikit air.

3. Dah uli, gulung-gulung ikut bentuk seperti di bawah.

kuih gulung

4. Goreng guna api kecil. Dah panas, masukkan kuih dalam kuali. Tunggu sampai kembang dan keperangan baru angkat, jangan angkat cepat sangat risau dia mengecut.

5. Biarkan sekejap, kemudian tabur gula aising atasnya. Siap!

Apa yang menarik tentang kuih gulung ini bukan setakat mudah dibuat, malah jimat bahan.

Jika anda sukakan rasa masin, boleh tambahkan sedikit garam. Jika mahu buat banyak, tambahkan tepung pulut dan air.

Anak-anak biasanya lebih tertarik untuk makan snek yang berbentuk comel. Kuih gulung ini pasti memikat selera anak anda.

Jika anda hidangkan kuih gulung ini, pasti mereka akan makan sampai berulang. Selamat mencuba!

Sumber: Kasmi Saharing

Baca juga: Resipi Biskut Goreng, Orang Lama Je Yang Tahu Snek ‘Legend’ Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN