Makan bersama keluarga atau yang tersayang sudah pasti akan menjadi lebih seronok

Tambahan lagi apabila ada gathering atau reunion keluarga yang ramai, confirm kecoh dan riuh jadinya apabila makan bersama di rumah atau di restoran. Suasana riuhnya pasti akan terasa lain.

Begitu juga jika anda makan bersama kawan-kawan, sudah tentu moodnya akan menjadi lebih happening dan gembira. Dengan gelak tawa riangnya itu, memang akan jadikan memori dan momen terindah.

Tidak kiralah anda masak sendiri dan makan di rumah atau makan di restoran, semua momen memang amat berharga dan patut dikenang.

Image from GIPHY

Lengkapkan hidangan anda dengan Coca-Cola, barulah dapat rasakan keajaiban sebenar!

Tidak kira dengan makanan apa pun atau di mana pun anda berada, Coca-Cola membolehkan anda untuk merasakan keajaiban sebenar. Jom terokai resepi-resepi unik untuk makan bersama keluarga.

1. Stew Daging Mongolian

The Gingered Whisk

Bahan-bahan:
– 900g isi daging (dipanggang)
– 1/4 cawan tepung jagung
– 1 bawang besar (dihiris nipis)
– 1 lada benggala hijau (dihiris nipis)
– 1/4 cawan air
– 1/4 cawan kicap manis
– 1/8 cawan gula perang
– 1 sudu besar bawang putih (dicincang)
– 2 sudu besar minyak bijan
– 1 sudu besar halia (dicincang)
– 1 cawan lobak merah (dicincang)
– 1/2 cawan daun bawang
– 3 sudu besar bijan

Cara-cara:
1. Mula-mula, hiriskan isi daging supaya menjadi hirisan kecil. Selepas itu, salutkan daging dengan air tepung jagung dengan sebati dan masukkan dalam beg ziplock.

  1. Masukkan daging, bawang besar dan lada putih ke dalam pressure cooker.
  2. Setelah separuh masak, masukkan air, gula perang, bawang putih, minyak bijan dan halia. Masak selama 4 hingga 5 jam dengan api kecil.
  3. Kemudian, masukkan lobak merah sejam sebelum hidangan selesai masak.
  4. Hiaskan hidangan dengan beberapa hirisan bawang hijau dan biji bijan. Siap!

2. Shell Out

Seismik Makan

Bahan-bahan:
– 1 batang lobak merah
– 1 biji brokoli
– 1 biji jagung
– 6 ekor udang
– 2 ekor ketam
– 500g lala
– 1 ekor sotong (bersaiz besar)
– 1 biji bawang merah (dihiris)
– 3 ulas bawang putih (dihiris)
– 3 tangkai daun kari
– 6 helai daun limau purut
– 3 sudu besar sos cili thai
– 3 sudu besar sos tiram
– 1/2 cawan air
– 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:
1. Rebuskan lobak merah, brokoli dan jagung sehingga masak.

  1. Dalam periuk yang lain, rebuskan juga udang, ketam, lala dan sotong selama 3 minit.
  2. Letakkan bahan yang telah direbus di tepi dahulu.
  3. Untuk sos, tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari dan daun limau purut sehingga naik bawa.
  4. Masukkan sos cili thai dan sos tiram dan kacau rata.
  5. Tambahkan air sedikit demi sedikit dan pastikan kuah tidak terlalu cair.
  6. Perisakan dengan garam.
  7. Masukkan semula bahan yang telah direbus dan gaul rata.
  8. Shell Out dah ready untuk dihidangkan! Kena pula dengan nasi kosong. Memang kenyang habis.

Sumber: Seismik Makan

3. Salted Egg Buttermilk Chicken

Seismik Makan

Bahan-bahan:
– 6 biji telur masin (asingkan)
– 1 cawan tepung jagung
– 1/2 cawan tepung biasa
– 500 gram isi dada ayam
– 4 sudu besar mentega
– 2 biji cili padi
– 3 ulas bawang putih
– 1 cawan susu sejat
– 10 hingga 12 helai daun kari

 Cara-cara:
1. Kukus 6 kuning telur masin sehingga masak.

  1. Dalam satu mangkuk, masukkan 1 cawan tepung jagung, 1/2 cawan tepung biasa dan 2 kuning telur masin yang telah dikukus. Gaul sehingga sebati.
  2. Salut isi dada ayam dengan campuran tepung. Kemudian, celup ke dalam putih telur masin dan salutkan dengan campurang tepung sekali lagi.
  3. Goreng ayam sehingga keperangan.
  4. Dalam satu kuali, masukkan 4 sudu besar mentega, 3 ulas bawang putih, 2 biji cili padi dan 10-12 helai daun kari. Tumis sehingga wangi.
  5. Masukkan 1 cawan susu sejat dan 4 kuning telur masin yang telah dihancurkan. Gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan ayam goreng dan gaul sehingga kuah rata.
  7. Salted egg buttermilk chicken pun sudah siap untuk dinikmati!

Sumber: Seismik Makan

4. Kebab Daging

Moribyan

Bahan-bahan:
– 500g daging lembu kisar
– 2 sudu besar bawang putih (dicincang)
– 2 sudu besar parsley (dicincang)
– 2 sudu besar daun ketumbar (dicincang)
– 2 sudu besar yogurt
– 2 sudu kecil sumac
– 2 sudu kecil serbuk lada sulah
– 2 sudu kecil serbuk paprika
– 1 sudu kecil serbuk ketumbar
– 1 sudu kecil serbuk jintan manis
– 1 sudu kecil garam
– 1/2 sudu kecil lada hitam
Butter atau minyak sapi

Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 230°C.

  1. Rendam lidi kayu dalam air selama 20 minit untuk elakkan daripada terbakar dalam ketuhar.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan daging cincang, bawang putih, parsley, daun ketumbar, yogurt dan lada sulah. Gaul sehingga sebati.
  3. Bentukkan isi daging menjadi bentuk kotak. Kemudian masukkan ke dalam lidi satu per satu. Salutkan dengan bahan-bahan rempah yang telah digaul tadi.
  4. Sapukan dengan butter atau minyak sapi di sekeliling daging. Masukkan ke dalam ketuhar selama 10 hingga 12 minit.

Sumber: Moribyan

5. Terung Masak Merah

Seismik Makan

Bahan-bahan:

Bahan-bahan kisar:
– 1 genggam cili kering
– 1 biji bawang merah
– 1 sudu udang kering
– 1 inci halia
– 4 ulas bawang putih
– 1/2 cawan air

Bahan-bahan lain:
– Minyak masak
– 1 biji terung (saiz besar)
– 2 sudu besar sos tomato
– 2 sudu besar sos cili
– 2 biji bawang merah (dihiris)
– 1/4 cawan air asam jawa
– Garam secukup rasa
– Gula secukup rasa
– Daun bawang (digunakan sebagai hiasan)

Cara-cara:
1. Kisarkan cili kering, bawang merah, udang kering, halia, bawang putih dan air sehingga lumat. 

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan terung sehingga separuh masak dan berwarna keperangan. Ketepikan.
  2. Menggunakan kuali yang sama, masukkan bahan tumisan, sos tomato, sos cili, bawang merah, air asam jawa, garam dan gula. Gorengkan seketika sehingga naik bau.
  3. Masukkan terung goreng dan renehkan masakan selama 5 hingga 10 minit, sehingga semua terung sudah lembut.
  4. Terung Masak Merah sudahpun siap untuk dihidang bersama hirisan daun bawang untuk memberikan hidangan ini sedikit kesegaran.

Sumber: Seismik Makan

Sekarang giliran anda untuk rasakan keajaiban sebenar daripada Coca-Cola!

Jangan lupa untuk dapatkan Coca-Cola untuk dinikmati bersama dengan tersayang melalui Shopee atau Grab!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN