jem strawberry

Jem strawberry homemade ini sesuai untuk mereka yang berdiet kerana bebas bahan pengawet dan tanpa gula. Ia juga baik untuk mereka yang ada penyakit kencing manis.

Jika beli di kedai, jem tersebut tinggi kandungan gula dan mempunyai bahan pengawet yang tidak sesuai diambil oleh pesakit kencing manis serta mereka yang mahu menjaga kesihatan badan.

Resipi ini tidak menggunakan buah strawberry semata, malah ada penambahan chia seed yang dapat membantu proses diet kerana ia mempunyai kandungan fiber yang tinggi.

Bukan itu saja, chia seed juga bertindak sebagai agen pemekat. Jadi, tidak perlu menggunakan kanji atau tepung untuk menghasilkan jem yang pekat.

Kalau ada yang nak cuba buat sendiri jem strawberry di rumah, mari ikuti resipi perkongsian oleh Aida Razalli di bawah.

Baca juga: Tips Strawberry Tahan Lama, 10 Hari Pun Masih Segar Macam Baru Petik!

CARA BUAT JEM STRAWBERRY

Bahan-bahan:

  • Buah strawberry segar 10-12 biji
  • Chia seed 2 sudu besar
  • Stevia secukup rasa (boleh juga guna 3 sudu besar untuk menggantikan gula putih)

Cara penyediaan:

1. Potong buah strawberry kepada 4 bahagian.  Masukkan buah strawberry yang dipotong tadi ke dalam periuk.

jem strawberry

2. Masak buah strawberry tadi dengan api yang kecil sehingga strawberry menjadi lembik dan mula mengeluarkan jus serta bertukar tekstur kepada cecair.

3. Untuk dapatkan tekstur jem yang lebih halus, lenyekkan strawberry ketika sedang memasak.

4. Masukkan chia seed dan stevia. Teruskan kacau kesemua bahan sehingga tekstur yang cair tadi menjadi semakin pekat.

5. Setelah mendapat tekstur seperti jem, tutup api memasak dan jem anda telah siap. Masukkan jem tadi ke dalam jar. Jar kaca adalah bekas yang bagus untuk meyimpan jem.

6. Simpan di dalam peti sejuk. Jem tanpa pengawet ini boleh tahan 2 hingga 3 minggu jika disimpan dalam peti sejuk. Selamat mencuba!

jem strawberry

Kredit resipi dan gambar: Aida Razalli

Baca juga: Kek Yogurt Cheese Strawberry Lembut Dan Gebu, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN