yee sang

Dalam banyak-banyak makanan yang rakyat Malaysia tunggu-tunggu untuk dinikmati semasa Tahun Baru Cina, Yee Sang antara makanan tradisional yang menjadi dambaan ramai.

Hidangan yang juga dikenali dengan nama seperti ‘yusheng’ atau ‘lo hei’, memaparkan bahan-bahan dengan warna, rasa dan tekstur yang kontra seperti rangup, lembut, manis, masam, segar, bergoreng, hijau dan merah.

Walaupun kontra, setiap bahan yang digunakan dalam penyediaan sepinggan yee sang mempunyai tujuan yang khusus. Sebagai contoh, ikan menandakan kemewahan sementara lobak merah menandakan tuah.

Baca juga: Mooncake Atau Kuih Bulan Versi Halal, Baru Tahu Mudah Je Nak Buat!

Yee Sang klasik yang popular di Malaysia pada era 1960-an merupakan hidangan yang terdiri daripada keropok, lobak putih, lobak merah, daun parsli Cina, sos plum, serbuk panca-rempah, halia, kacang tumbuk, sashimi ikan salmon atau obor-obor.

Sejak belakangan ini, hidangan klasik ini telah mengalami perubahan apabila restoran-restoran menyediakan versi masing-masing agar kelihatan lain dan unik.

Senarai bahan-bahan yang diperlukan pun mudah kerana semuanya boleh dibeli di pasar raya, Jom kita tengok resipi yang dikongsikan oleh Butterkicap di bawah.

RESIPI YEE SANG ALA JEPUN

yee sang

Bahan-bahan:

  • 230g (1) lobak putih daikon – diparut
  • 84g (1) lobak merah – diparut
  • 250g ikan salmon gred sushi
  • 250g kaki ketam yang dikupas & dimasak (Kanifumi crab stick atau filamen berperisa ketam)
  • 100g sotong kurita kecil masak (chuka idako)
  • 100g salad rumpai laut Jepun (chuka wakame)
  • 150g kacang disalut wasabi
  • 100g kacang badam panggang
  • 100g kacang gajus panggang
  • 1kg (1) limau gedang
  • 312g (1 tin) limau mandarin

Bahan sos:

  • 100g sos plum
  • 80g madu
  • 20g kicap Jepun/shoyu
  • 13g minyak zaitun ekstra dara
  • 1 sudu kecil kulit lemon (bahagian kuning sahaja), kira-kira ½ biji lemon
  • 35g jus lemon

Cara penyediaan:

  1. Kupas lobak putih daikon dan buang bahagian hujung atas dan bawah. Buat benda yang sama dengan lobak merah.
  2. Sediakan air rendaman berais dalam mangkuk besar.
  3. Apabila anda sudah habis memarut, letakkan parutan lobak putih di dalam air rendaman (tidak mengapa kalau ais sudah mencair) dan parutan tersebut akan tercerai dengan sendirinya.
  4. Untuk sediakan kuah, masukkan sos kicap shoyu dan sos plum ke dalam sebuah mangkuk dan kacau sehingga rata.
  5. Seterusnya, masukkan minyak zaitun dan kacau rata. Minyak zaitun akan mencairkan kuah tersebut.
  6. Masukkan kulit lemon dan jus lemon lalu kacau rata.
  7. Hidangkan kuah dalam mangkuk atau jag kecil.
  8. Hias semua bahan di atas pinggan ikut kreativiti masing-masing. Boleh guna pinggan jepun untuk rasa autentiknya. Siap untuk di campurkan.

Selamat mencuba dan Selamat Tahun Baru Cina!


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN