cara buat sos black pepper

Bukan sahaja sos cili dan sos tomato, sos black pepper juga sering menjadi pilihan ramai untuk dinikmati bersama meatball, chicken chop dan pelbagai lagi. Ada yang nak tahu cara buat sos black pepper di rumah?

Kalau ada yang berminat nak buat, jom lihat perkongsian oleh saudara Ahmad Ilmi Ghazali di bawah. Resipi sos black pepper ini sememangnya setaraf restoran 5 bintang kerana rasanya yang ‘premium’.

Lihat resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!

Cara Buat Sos Black Pepper

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar butter
  • 1 biji bawang holand (potong dadu)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2~3 cawan air
  • 5 sudu besar kicap manis
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Black pepper 1 sudu besar
  • 1 kiub pati ayam
  • 500ml susu full cream
  • Garam & gula (secukupnya
  • Meatball & fries

Cara-cara:

1. Cairkan butter. Kemudian masukkan bawang holland dan tumis sehingga wangi dan warna bertukar keperangan.

2. Kemudian masukkan pula tepung dan tumis sebentar.

3. Masukkan 2 cawan air, kacau sehingga sebati dan masukkan kiub pati ayam, black pepper, sos tiram dan kicap manis. Kacau lagi sehingga sebati dan tutup api.

4. Masukkan sos tadi ke dalam pengisar. Kemudian kisar sehingga semua bahan hancur untuk dapatkan tekstur yang smooth semasa dimakan nanti.

cara buat sos black pepper

5. Bila dah siap kisar, tapis dan masukkan semula ke dalam kuali. Biarkan sehingga kuah mendidih dan sedikit pekat.

6. Kemudian masukkan susu full cream dan kacau sebati.

cara buat sos black pepper

7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kalau kuah dah sempurna, boleh tutup api dan siap kuah premium sos black pepper untuk dimakan bersama meatball atau mengikut selera anda.

cara buat sos black pepper

Kredit: Ahmad Ilmi Ghazali

Baca juga: Resipi Kek Batik Horlick Cheese, Rasa Memang Sedap & Tak Muak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN