cara buat garlic spread

Tidak dinafikan, pasti ramai penggemar garlic bread kan? Rupanya tak susah mana pun cara buat garlic spread homemade, hanya perlu menggunakan 3 bahan sahaja.

Modal yang digunakan juga tak sampai RM10! Jimat sangat berbanding beli. Bakar roti, sapukan garlic spead ini dan dicicah pula dengan sup cendawan yang berkrim. Sedap yang amat!

Rasa roti yang tawar pun akan menjadi sedap apabila ditambah garlic spread ini. Bila dah siap buat, simpan dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.  Boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Jom lihat cara membuatnya di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Aida Md Tahir.

Baca juga: Cara Buat Roti Mini Burger Yang Gebu Dan Sedap, Cantik Sangat Kejadiannya

Cara Buat Garlic Spread Homemade

Bahan-bahan:

  • Sebuku butter
  • Bawang putih (cincang halus dalam 2 genggam)

Cara-cara:

1. Dalam mangkuk, satukan butter yang sudah lembut dan bawang putih yang sudah dicincang. Gaulkan sebati. Masukkan juga parsey flakes dan gaul rata.

cara buat garlic spread

2. Simpan dalam bekas tertutup dan letak dalam peti ais.

cara buat garlic spread

3. Sapu garlic spread pada roti dan bakar dalam oven atau atas kuali.

Kredit: Aida Md Tahir

Baca juga: Roti Asyik Tak Habis, Buat Roti Telur Berhantu Macam Ni Confirm Laku!

Baca juga: Cara Buat Korean Garlic Bread Versi CEPAT! Mudah Guna Roti Keping Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN