udang telur masin

Siapa di sini sangat sukakan hidangan berasaskan telur masin? Jika begitu, pasti anda serba sedikit tahu tentang betapa sedapnya Udang Telur Masin Nestum.

Istimewanya hidangan ini kerana bau aroma telur masin bercampur wangian manis dari nestum, bergaul dengan bawang putih, butter dan daun kari sangat mengundang selera.

Hidangan ini biasanya ada di dalam menu restoran makanan Thai, tapi apa salahnya kalau mak-mak nak buat sendiri di rumah bukan?

Maklumlah mak-mak mesti nakkan cara yang cepat dan mudah. Kalau kena rebus telur masin, boleh memakan masa yang lama.

Oleh itu, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah di Facebook ini. Mak-mak tak perlu rebus telur masin pun untuk membuatnya.

Baca juga: Udang Bakar Madu Menu MUDAH, Sedap Persis Makan Di Restoran Gitu!

RESIPI UDANG TELUR MASIN NESTUM

udang telur masin

Bahan-bahan:

  • 7 hingga 10 ekor udang saiz sederhana atau besar (dibersihkan dan toskan)
  • 3 ulas bawang putih (dipotong)
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 hingga 5 biji cili padi (dipotong)
  • 2 sudu besar butter atau marjerin
  • 3 sudu pes telur masin
  • 1 cawan serbuk nestum original

Cara-cara:

1. Goreng udang dengan api yang kuat. Sebaik saja bertukar merah, balikkan dan bertukar oren sekejap saja lagi dalam 20 saat macam tu. Angkat dan toskan.

2. Panaskan butter atau marjerin kemudian tumiskan bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau dan masukkan pes telur masin. (Kalau tiada pes, boleh guna telur masin dalam 2 biji yang dah direbus kemudian hancurkan)

3. Kacau sebati telur masin tu sampai nampak dah berbuih maka masukkanlah nestum dan kacau sebati.

4. Masukkan udang tadi dan kacau sebati. Siap!

udang telur masin

Selepas hidangkan Udang Telur Masin Nestum ini, bolehlah ajak keluarga untuk terus menjamu selera. Keluarga pasti puji masakan anda nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Khairul Abdullah

Baca juga: Udang Garlic Chilli Chinese Style, Tak Sampai 15 Minit Siap Masak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN