biskut florentine

Anda pasti pernah makan biskut florentine kan? Bahan-bahan yang digunakan agak mahal, sebab itu kalau beli di kedai harganya boleh tahan juga. Nak jimat, apa kata jom cuba buat sendiri biskut florentine tanpa guna tepung florenta.

Kita gantikan tepung florenta dengan menggunakan telur putih, tapi rasa tetap sama macam guna tepung florenta tau! Kalau nak cuba, jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Chaiya Jarunee di bawah.

Baca juga: Cara Buat Biskut Semperit Tanpa Oven, Bakar Atas Dapur Gas Je!

RESIPI BISKUT FLORENTINE TANPA GUNA TEPUNG FLORENTA

Bahan-bahan:

  • 800g campuran kacang-kacang (jenisnya mengikut kesukaan masing-masing)
  • Sedikit garam
  • 80g telur putih gred A
  • 50g madu

Cara-cara:

1. Bakar atau goreng kacang tanpa minyak selama 15 hingga 20 minit. Ketepikan.

2. Satukan garam, telur putih dan madu di dalam mangkuk.

3. Kemudian masukkan kacang, gaul rata sehingga semua kacang disaluti dengan telur putih.

4. Lapikkan loyang dengan kertas minyak. Ambil bekas cup kek atau acuan bakar, sudukan kacang dan masukkan ke dalam acuan. Tekan dengan kuat menggunakan sudu supaya kacang melekat dan tidak hancur.

biskut florentine

5. Bakar dalam oven selama 20 hingga 25 minit pada suhu 140℃-150℃.

6. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan tunggu sehingga biskut betul-betul sejuk. Kemudian sambung bakar selama 10 minit supaya menjadi lebih rangup.

7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!

biskut florentine

Kredit: Chaiya Jarunee

Baca juga: Biskut Cornflakes Susu, Rangup Di Luar & Cair Di Mulut. Resipi Mudah Tanpa Guna Oven & Mixer!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN