biskut cornflakes susu

Teringin nak buat biskut raya, tapi tiada kelengkapan yang lengkap? Ibu-ibu jangan risau, boleh cuba resipi biskut cornflakes susu ini kerana tidak perlu menggunakan pemutar (mixer) ataupun oven sama sekali.

Biskut ini bukan saja mudah untuk dibuat, rasanya juga sedap kerana rangup di luar dan cair di mulut. Sesuai juga dimakan oleh anak-anak kecil. Bolehlah ibu-ibu cuba buat untuk hidangan di pagi hari raya nanti.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Rahsia Semperit Legend ‘Mak’, Hasil Jualan Lebih 13 Tahun

RESIPI BISKUT CORNFLAKES SUSU TANPA OVEN & MIVER

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum (digoreng/disangai)
  • 1 cawan minyak sapi + 1 sdb
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan cornflakes (diramas)
  • Susu tepung untuk salut

Cara-cara:

1. Cairkan minyak sapi. Ketepikan dalam sebuah bekas.

2. Kemudian, sangai (goreng tanpa minyak) tepung gandum selama lebih kurang 5 minit. Bila tepung dan menjadi ringan, dah boleh angkat.

3. Tak perlu tunggu tepung sejuk, terus masukkan ke dalam campuran gula kastor dan cornflakes. Gaulkan sehingga semua bahan kering sehingga sebati.

biskut cornflakes susu

4. Seterusnya masukkan minyak sapi yang telah dicairkan tadi. Gaulkan sehingga sebati.

5. Sekarang dah boleh bentukkan adunan kepada bulat-bulat kecil.

6. Akhir sekali, salutkan dengan susu tepung sehingga bersalut rata.

biskut cornflakes susu

Siap, selamat mencuba!

biskut cornflakes susu

Kredit: Siti Nailah AlFarafisha Roslan

Baca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN