Categories: Tips & Petua

Cara Buat Beras Frozen Untuk Masak Bubur Anak Dengan Cepat, Mama Kena Cuba!

Orang yang baru bergelar ibu pasti mahukan cara paling pantas untuk sediakan bubur buat anak tersayang. Oleh itu, bolehlah belajar cara buat beras frozen langkah demi langkah ini.

Pernah tak, waktu nak masak bubur untuk anak tapi rasa leceh sebab beras lambat sungguh nak lembut? Nak tunggu bubur siap, masa pun jadi terbuang dibuatnya.

Salah satu tips yang mak-mak boleh mula amalkan adalah dengan menyediakan beras frozen. Walaupun nampak mudah, tapi masih ramai tertanya-tanya cara membuatnya.

Izzah Kassim telah kongsikan cara buat beras frozen di Facebook yang boleh bantu mudahkan urusan harian mak-mak terutamanya sewaktu nak siapkan bubur bayi dengan cepat.

Baca juga: Cara Masak Nasi Buang Kanji Yang Menjadi, Hasil Sebutir-Sebutir & Cantik Kejadiannya

CARA BUAT BERAS FROZEN

1. Mula-mula, basuh beras seperti biasa.

Cuci bersih-bersih sama seperti nak masak nasi. Tak perlu rendam lama-lama, cukup basuh sampai hilang air keruh.

2. Selepas itu, tapis beras.

Selepas basuh, tapis dulu untuk buang air lebihan. Pastikan beras sudah bersih dan tak terlalu basah semasa dimasukkan ke dalam bekas.

3. Kemudian, masukkan satu sudu kecil beras ke dalam bekas kecil

Guna bekas kedap udara atau bekas simpan makanan bayi pun boleh. Satu sudu kecil sudah cukup untuk satu hidangan bubur bayi.

4. Seterusnya, penuhkan dengan air bersih.

Masukkan air secukupnya sampai menenggelamkan beras (boleh gunakan air bertapis).

5. Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku (freezer).

Setelah siap semuanya, masukkan saja ke dalam peti sejuk di bahagian freezer. Apabila nak guna, terus ambil satu bekas dan masak.

Tips tambahan:

  • Jika nak tambah khasiat, boleh campur sekali beras perang atau quinoa dalam setiap bekas.
  • Labelkan tarikh supaya tahu bila masa terbaik untuk guna.
  • Jika tiada bekas kecil, boleh juga guna tray ais kiub.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Izzah Kassim

Baca juga: Cara Simpan Daun Masakan Supaya Tahan Berbulan, Tetap Hijau & Segar Macam Baru Petik!

Aimi

Recent Posts

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

8 minutes ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

15 minutes ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

4 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago