tips nasi ayam sedap

Setiap hidangan mempunyai tips tersendiri untuk buatkannya jadi lebih sedap daripada biasa. Begitu juga dengan tips Nasi Ayam sedap ini, hasilnya sampai esok pun teringin nak makan.

Nasi Ayam sangat popular di Malaysia, Singapura dan beberapa negara Asia Tenggara lain. Pelbagai jenis nasi ayam seperti nasi ayam biasa, nasi ayam madu, nasi ayam kukus, nasi ayam hainan dan banyak lagi.

Bukan saja lazat, malah Nasi Ayam cukup seimbang dari segi nutrisi dengan karbohidrat, protein dan sedikit sayur. Tak kira siang atau malam, ia boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Sebenarnya, terdapat beberapa tips yang anda perlu gunakan semasa memasak Nasi Ayam supaya hasilnya lebih sedap dan beraroma. Jom kita tengok tipsnya!

Baca juga: Lelaki Kongsi Tips Masak Lemak Cili Api Yang ‘Power’, Sedapnya Boleh Pergi Jauh!

TIPS NASI AYAM SEDAP

tips nasi ayam sedap

Kredit gambar: Facebook Nurul Siti Hawa

1. Jangan buang lemak dan kulit ayam. Cuci bersih dan goreng sedikit bersama marjerin (hujung-hujung sudu). Goreng sampai terbit minyak daripada lemak dan kulit ayam tersebut.

2. Gunakan minyak goreng tadi untuk menumis bawang, halia, rempah dan kunyit sampai layu dalam kuali untuk proses memasak nasi ayam pula nanti.

3. Setelah semua ditumis layu, bolehlah letakkan beras dan gaul sebati. Kemudian, masukkan sedikit kiub ayam dan garam diletak sebagai pelengkap rasa.

4. Beras kemudiannya dipindahkan ke dalam periuk nasi (sebab sudah ditumis dalam kuali tadi) dan masukkan air rebusan ayam. Beras sedia untuk ditanak.

5. Bersama simpulan daun pandan dan bahan tumisan, aroma nasi ayam yang sedang ditanak akan membangkitkan selera seisi keluarga di rumah.

tips nasi ayam sedap

Kredit gambar: Facebook Muliadi Ramli

Kami yakin tips Nasi Ayam sedap ini akan berguna ketika anda memasak di rumah untuk keluarga tersayang. Silap-silap, sampai satu rumah pun boleh bau aromanya.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Muliadi Ramli, Nurul Siti Hawa

Sumber: Teratak Hijab Labuh

Baca juga: Wanita Ini Dapat Tips Masak Lauk Sambal Daripada Ibunya, Rasa Macam ‘Next Level’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN