acuan bahulu

Kuih tradisional seperti bahulu pasti menjadi antara pilihan utama pada Hari Raya. Jika anda buat sendiri di rumah, kenalah tahu tips acuan bahulu supaya tak melekat adunannya.

Tekstur yang ringan serta rasa manis pada bahulu membuatkan kuih tradisional ini disukai ramai. Oleh itu, acuan bahulu perlu digunakan dengan betul supaya hasilnya sempurna.

Menurut perkongsian oleh Badariah Abdrahman di Facebook, dia telah mengamalkan tips daripada arwah ibunya ini lebih dari 20 tahun. Jom kita tengok tipsnya!

Baca juga: Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama Berbulan-Bulan, Kulat Putih Pun Tak Berani Naik

TIPS ACUAN BAHULU TAK MELEKAT

acuan bahulu

1. Apabila acuan sudah dibasuh, jemurkan di bawah cahaya matahari yang panas terik.

2. Apabila acuan sudah kering, letak minyak panas dan biarkan semalaman.

3. Selepas acuan digunakan untuk bakar, jangan basuh dahulu. Sebaliknya, simpan acuan dengan cara tutup dengan plastik dan tindih dengan satu lagi acuan lain (ini cara saya kerana setiap hari saya buat dan bakar bahulu).

acuan bahulu

4. Apabila nak gunakan acuan, panaskan saja. Jika acuan sudah lama tak digunakan, boleh lap saja.

5. Jika nak basuh juga kerana takut kotor dengan habuk, boleh keringkan di bawah kipas.

6. Paling penting, acuan mesti panas dan sapu minyak. Selepas itu, letak sedikit adunan sebagai percubaan untuk lihat sama ada ia melekat atau tak pada acuan.

Oleh itu, penting untuk tahu tentang cara gunakan dan simpan dengan betul supaya acuan bahulu tak melekat lagi. Jadi, bolehlah amalkan petua ini semasa buat bahulu nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Badariah Abdrahman

Baca juga: Cara Simpan Daun Palas Supaya Tahan Lama, Tetap Segar Walau Berbulan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN