resepi kopi ais kaw

Buat mereka yang suka minum kopi, pasti seronok jika dapat tahu adanya resepi Kopi Ais Kaw yang sungguh padu. Setelah minum sekali, pasti ketagih nak buat lagi.

Apabila bercerita tentang Kopi Ais Kaw, boleh terbayang minuman pekat dan menyegarkan. Setiap hirupan bawa kesejukan yang menyeluruh, disertai rasa kopi yang kuat dan penuh berkrim.

Ramai tergoda apabila melihat perkongsian video oleh azreen.aziz di TikTok yang menunjukkan cara-cara buat Kopi Ais Kaw yang cukup padu. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Teh Ais Kaw Dan Padu, Sekali Sedut Sampai Esok Boleh Ketagih

RESEPI KOPI AIS KAW

resepi kopi ais kaw

Bahan-bahan:

  • 2 paket uncang kopi-O (saya guna jenama Hang Tuah)
  • Air panas
  • Susu pekat
  • Sedikit garam (bagi berlemak)
  • Ais
  • Susu cair krimer atau susu kotak

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan 2 paket uncang kopi-O (ikut suka jenama apa) ke dalam jug.

2. Selepas itu, masukkan air panas ke dalam jug.

3. Kemudian, tambahkan susu pekat dan sedikit garam supaya air kopi rasa berlemak nanti.

resepi kopi ais kaw

4. Seterusnya, kacau sampai sebati.

5. Setelah itu, keluarkan uncang kopi-O daripada jug.

6. Kemudian, masukkan ais secukupnya ke dalam jug.

7. Selepas itu, tambahkan susu cair krimer atau susu kotak.

8. Akhir sekali, kacau sampai sebati. Jika rasa kurang, boleh tambah ais lagi. Siap untuk dinikmati!

Setelah buat resepi Kopi Ais Kaw ini, hasilnya cukup mengagumkan. Jika hidangkan untuk tetamu yang datang ke rumah, pasti mereka akan minta rahsia kopi yang sedap nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: azreen.aziz

Baca juga: Air Green Tea Paling Ngam Dengan Tekak, Resipi Ini Sekali Cuba Mesti ‘Repeat’ Punya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN