tips simpan sayur

Sambutan Hari Raya baru saja berlalu, namun kesannya masih terasa. Jika ada banyak bekas kuih raya, jangan dibuang kerana ia masih boleh dipakai seperti dalam tips simpan sayur ini.

Kuih raya mungkin sudah habis dijamah tetamu, namun bekas-bekasnya masih ada. Nak buang terasa sayang, jadi anda perlu gunakan sebaik mungkin, barulah tak membazir.

Baru-baru ini, kami terjumpa perkongsian tips menarik oleh Roshima Ibrahim Shima di Facebook yang menyimpan sayur dengan menggunakan bekas kuih raya. Jom kita cuba!

Baca juga: Sayur Panjang Tak Muat Dalam Bekas, Guna Tips Simpan Ini Supaya Tahan Lama!

TIPS SIMPAN SAYUR GUNA BEKAS KUIH RAYA

tips simpan sayur

1. Mula-mula, cuci semua bekas kuih raya kosong sampai betul-betul bersih.

2. Selepas itu, keringkan bekas kuih raya itu sebentar atau lap dengan menggunakan tisu sampai kering.

3. Kemudian, boleh guna bekas kuih raya itu untuk simpan sayur seperti cili, sawi yang siap dipotong, kubis, daun ulam-ulaman dan banyak lagi.

4. Setelah selesai simpan sayur yang diinginkan, tutup bekas kuih raya dengan rapat dan boleh labelkan jika suka.

5. Selepas itu, boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

6. Jika anda ingin simpan sayur seperti bawang yang sudah dikupas, lebih baik letakkan tisu dalam bekas kuih raya supaya tak mudah rosak.

7. Tak perlu simpan bekas kuih raya berisi sayur di bahagian sejuk beku, cukup letak di bahagian chiller saja pun boleh.

tips simpan sayur

Beruntunglah jika masih belum buang bekas kuih raya yang kosong kerana anda boleh gunakan tips simpan sayur yang berguna ini. Bukan saja jimat, malah sayur jadi tahan lama.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Roshima Ibrahim Shima, KamranAydinov dari Freepik

Sumber: Roshima Ibrahim Shima

Baca juga: 5 Cara Simpan Bawang Supaya Tak Berbau, Guna Tips Ini Pasti Tahan Lama

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN