masak kurma ayam

Semua orang suka hidangan tradisional Melayu terutamanya resipi masak Kurma Ayam yang sedap. Orang kata, kuahnya yang pekat sangat lazat dimakan dengan nasi putih panas-panas.

Buat anda yang belum pernah masak Kurma Ayam sebelum ini, lauk ini dimasak dengan rempah kurma, iaitu campuran rempah yang lebih ringan dan tak terlalu pedas berbanding kari.

Nak tahu bagaimana kesedapan lauk ini untuk dinikmati bersama keluarga, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Telur Masak Kurma Paling Beraroma, Ini Rahsia Kuah Nampak Pekat & Lebih Berselera!

RESIPI MASAK KURMA AYAM

masak kurma ayam

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumbuk bawang putih bersama halia dan mayang bawang merah.

2. Selepas itu, tumis sekali sampai naik bau dan kekuningan.

3. Bancuh serbuk kurma dengan sedikit air dan masukkan dalam tumisan bawang, kemudian goreng sampai pecah minyak.

4. Kemudian, masukkan ayam dan kacau sebati dengan rempah.

5. Setelah itu, biarkan seketika dalam 2 minit dan baru boleh tambah santan, kemudian kacau sebati.

6. Tambah kentang dan lobak merah, kemudian masukkan serbuk perasa, gula dan garam.

7. Seterusnya, biarkan ia reneh sampai ayam masak dan kentang betul-betul empuk.

8. Apabila sudah semakin pekat kuahnya, boleh tutup api dan tabur hirisan cili tadi. Siap untuk dihidang!

masak kurma ayam

Resipi masak Kurma Ayam ini mempunyai rasa yang lemak, beraroma dan sedikit manis. Bukan saja orang dewasa, malah kanak-kanak pun boleh menikmati lauk yang lazat ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Khomariah Norrohman

Baca juga: Resepi Ayam Masak Kurma Paling Mudah, Aroma Kuah Sedap Tak Terkata!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending