Air soya di antara air yang selalu kita beli untuk menghilangkan dahaga. Paling famous pada bulan Ramadhan untuk dijadikan minuman berbuka. Tapi kalau dapat air soya homemade lagi nikmat!
Biasa beli saja kan, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri. Bukan sahaja mudah tapi lebih berkhasiat kerana tanpa menggunakan bahan pengawet, rasa juga lebih segar.
Buat sendiri juga lagi jimat, modal RM 1.50 saja tapi boleh dapat 2 liter air soya. Menarik kan? Jom cuba buat nanti! Ikut saja resipi perkongsikan oleh Asrinna Bakri di bawah.
BUAT SENDIRI AIR SOYA HOMEMADE
Bahan-bahan:
- Kacang soya
- Gula
- Daun pandan
Cara-cara:
1. Cuci dan rendam kacang soya 4-5 jam atau hingga kembang. Boleh juga rendam sebelum tidur untuk masak keesokkan harinya.
2. Ulang cuci. Buang kulit-kulit yang tertanggal. Toskan.
3. Langkah ini PENTING. Kisar kacang soya dengan air. Nisbah 1 cawan kacang soya, 3 cawan air. Masukkan air sikit-sikit.
4. Tapis guna penapis kain.
5. Masak air soya dengan daun pandan. Api sederhana je. Masak sampai nak mula mendidih, boleh tutup api.
6. Masukkan gula mengikut tahap kemanisan yang diingini. Kacau sampai gula larut. Siap.
Untuk 250g kacang soya, dapat 2 liter air soya. Semoga bermanfaat.