sambal putik pauh

Sambal putik pauh antara sambal yang tidak asing bagi orang Kelantan. Namun bagi negeri lain mungkin ada yang belum pernah merasai sambal ini.

Cara menyediakan sambal ini cukup ringkas dan mudah namun rasanya cukup sedap dan menaikkan selera makan. Biasanya, anda buat sambal belacan biasa yang selalu dimakan, apa kata cuba buat sambal putik pauh ini. Memang akan berulang nak buat lagi.

Baca juga: Resipi Kerabu Bayam Brazil Bersama Mangga Epal, Gaul-Gaul Je Dah Siap!

Resipinya pun sangat mudah. Hanya perlu 4 bahan utama ini untuk menyediakannya. Mari ikuti perkongsian oleh Azizah Zainudin di bawah ini.

RESIPI SAMBAL PUTIH PAUH (MANGGA MUDA)

Dua tiga hari lepas, saya berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Sempat juga belajar resepi masakan dari mak (mek) kawan saya.

Selama menetap di sana dahulu, belum pernah sekali pun saya merasai makanan ini. Apatah lagi untuk membuatnya. Ketinggalan sungguh! 

Tidak sangka rasanya sedap! Resipinya pun sangat mudah. Hanya perlu 4 bahan utama ini untuk menyediakannya.

sambal putik pauh

Bahan-bahan:

  • 5 Biji Putik Pauh (Mangga Muda)
  • 5 Ekor Ikan Selayang
  • 20 Biji Cili Padi Merah Dan Hijau (Anggaran)
  • Garam

Cara-cara penyediaan: 

1. Putik pauh dibuang kulit dan dicincang halus.

2. Ikan selayang dibersih dan dibakar sehingga masak dengan menggunakan api perlahan.

sambal putik pauh

3. Ikan tersebut kemudian dibuang tulang dan diambil isinya.

4. Cili padi merah dan hijau ditumbuk lumat.

5. Kemudian diperisakan dengan garam.

6. Buah pauh yang telah dicincang, cili padi yang telah ditumbuk dan isi ikan disatukan di dalam mangkuk dan kemudian digaul rata.

Siap!

Isi ikan juga boleh ditumbuk bersama cili padi dan kemudian dimasukkan buah pauh. Kalau hendak rasa pedas sangat hingga keluar air mata, boleh ditambah lagi cili padi hijau dan merah. Ikut tahap kepedasan masing-masing.

Begitu juga kalau ingin lebih masam, boleh dilebihkan lagi buah pauh. Sambal ni sedap dimakan dengan nasi panas-panas dan sayur tumis air.

Selamat mencuba.

Baca juga: Jeruk Mangga Asam Boi Krup Krap, Sedap Dia Boleh Buat Ketagih!

Sumber: Facebook Azizah Zainudin

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN