Saya suka guna perencah sup  ini, nampak je putih warna tak menarik tetapi memang sedap!”

Selalunya perencah sup orang mesti lah guna untuk letakkan di dalam sup tulang, sup ayam atau segala resepi yang berkuah kan? Tetapi korang tahu tak sebenarnya sup siam juga boeh digunakan untuk menggoreng kuey teow, automatik korang punya masakan terus sedap.

Walaupun warnanya mungkin agak tidak menarik, tetapi korang kena cuba dahulu. Sekali cuba memang bertambah pinggan. Jom cuba resepi kuey teow goreng sup siam ini.

Bahan-bahan

  • 1 bungkus kuey teow
  • 1 paket perencah sup Siam Adabi
  • Isi ayam/daging
  • Bawang putih (cincang)
  • Cili padi (ketuk)
  • Sawi
  • Taugeh
  • Lobak Merah
  • Telur
  • Sos tiram
  • Kiub ayam
  • Sos ikan
  • Gula
  • Ajinomoto

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumis bawang putih dan cili padi sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan lobak merah.
  2. Pecahkan telur. Masukkan perencah sup siam dan sos tiram.
  3. Perasakan dengan sos ikan, gula dan ajinomoto.
  4. Masukkan kuey teow. Gaul sebati.
  5. Masukkan sawi dan taugeh. Kaup balikkan sekejap dan siap boleh dimakan.

Sumber: Senz Ahmad

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN