resepi muffin vanilla

Jika teringin belajar buat kek di rumah, anda boleh mulakan dengan resepi Muffin Vanilla dahulu. Bukan saja mudah, malah gebu dan sedap walaupun pertama kali membuatnya.

Tak ramai yang tahu, sebenarnya muffin adalah sejenis roti ringkas yang diperbuat daripada adunan bater (campuran tepung dan cecair) serta dihidang sebiji-sebiji dalam saiz cawan.

Biasanya, Muffin mempunyai rasa manis dan dimakan tanpa krim atau jem. Tapi, ia boleh ditambah dengan pelbagai buah-buahan atau kekacang supaya lebih menarik dan lazat.

Kak Sue SarangHae II telah kongsikan resepi Muffin Vanilla di Facebook yang cukup ringkas dan mudah serta hasilnya gebu teramat. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Muffin Coklat Chip Sukatan Cawan, Gebu Montok Kejadiannya!

RESEPI MUFFIN VANILLA

resepi muffin vanilla

Bahan-bahan ayak:

  • 1¼ tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • Secubit garam

Bahan-bahan lain:

  • ½ full milk atau susu cair
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • ¼ minyak masak atau minyak jagung atau butter (dicairkan)
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam.

2. Selepas itu, adukkan adunan dengan full milk atau susu cair, gula, telur, esen vanilla dan minyak masak (jika tiada, boleh ganti dengan minyak jagung atau butter cair) sampai sebati.

3. Kemudian, panaskan oven terlebih dahulu lebih kurang 20 minit.

resepi muffin vanilla

4. Sementara itu, boleh masukkan adunan ke dalam papercup nombor 12, dapat 12 biji yang sesuai dengan tray muffin (pastikan masuk separuh cup saja).

5. Seterusnya, bakar dengan menggunakan suhu 180°C selama 25 hingga 30 minit. Siap untuk dinikmati!

Jika suka, anda boleh letak potongan buah-buahan atau kismis yang disukai dalam resepi Muffin Vanilla ini. Paling penting, ia sedap dimakan tak kira masa dan kami yakin keluarga anda akan menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Kak Sue SarangHae II

Baca juga: Wanita Kongsi Rahsia Guna Acuan Muffin Buat Kuih Akok Kedut, Dapat Hasil Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN