roti pisang rangup

Ada pisang banyak tak tahu nak buat apa? Jangan sampai pisang jadi lebam dan hitam, nanti membazir bila terpaksa dibuang. Jadi apa kata jom buat roti pisang rangup sedap yang amat ini.

Sesuai dimakan untuk sarapan pagi, simple tapi sedap. Cara penyediaannya juga sangat ringkas. Lihat cara lengkap membuatnya di bawah. Selamat mencuba!

Cara Buat Roti Pisang Rangup

Bahan-bahan:

  • Roti gardenia
  • Pisang masak
  • Marjerin
  • Kuning telur
  • Gula perang (boleh ganti gula putih, tapi jangan guna banyak)
  • Cheddar cheese (jika ada)

Cara-cara:

1. Sapu marjerin atas roti. Susun pisang mengikut kreativiti.

2. Sapu lagi marjerin dan juga kuning telur. Kemudian taburkan cheese atau gula perang.

3. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180°c selama 5-7 minit.

4. Selamat mencuba!

Kredit: Hamizah Zakaria

Baca juga: Resipi Lepat Pisang Yang Lembut & Sedap, Hanya Guna Sukatan Cawan