resepi oden simple

Kali ini MyResipi akan berkongsi resepi oden simple yang boleh anda buat di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur. Resepi ini sangat mudah dan ringkas untuk disediakan. Anda tidak perlu bersusah payah mencari bahan-bahan yang sukar didapati.

Oden merupakan hidangan yang berasal dari negara Jepun. Ia biasanya dinikmati ketika musim sejuk kerana kuahnya yang panas dan dapat menghangatkan badan. Namun, ia juga sesuai dihidangkan pada bila-bila masa sahaja.

Baca juga: Cara Buat Kacang Tanah Goreng Masin, Ralit Kunyah Sampai Licin Sebekas!

RESEPI ODEN SIMPLE

resepi oden simple

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (sedikit)
  • Bawang merah (sedikit)
  • Akar ketumbar
  • Pes tomyam
  • Pes asam pedas
  • Air
  • Kiub pati ayam
  • Steamboat pelbagai jenis (contoh: fish balls, meatballs, sayur-sayuran)
  • Daun ketumbar
  • Enoki
  • Mi segera

Cara memasak:

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  2. Masukkan akar ketumbar dan kacau seketika.
  3. Tambahkan pes tomyam dan pes asam pedas, gaul rata.
  4. Tuangkan air ke dalam periuk dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan kiub pati ayam untuk memberi rasa lebih umami.
  6. Setelah air mendidih, masukkan semua jenis bahan steamboat.
  7. Bila sudah mendidih, masukkan daun ketumbar, enoki dan mi segera.
  8. Setelah semua bahan masak, sedia untuk dimakan!

Kredit resipi dan gambar: Aliya Syahira

Baca juga: Tip Buat Brownies Kedut Yang Sempurna, Ikut 5 Langkah Ini Confirm Menjadi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN