udang goreng tepung

Seorang peniga berkongsi petua untuk menghasilkan udang goreng tepung yang rangup dan cantik. Bancuhan tepung yang digunakan hanya memerlukan dua bahan utama iaitu telur dan tepung jagung.

Walaupun menggunakan bahan yang ringkas, bancuhan ini mampu menghasilkan udang goreng yang rangup seperti di kedai makan. Memang wajib cuba sendiri di rumah!

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Crispy Guna 3 Bahan, Rangup Macam Beli Dekat Kedai!

RESEPI UDANG GORENG TEPUNG RANGUP

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 bungkus tepung jagung
  • 10 biji telur
  • 10 ekor udang harimau (atau jenis udang lain)
  • Pewarna kuning (jika ada)
  • Sedikit ajinamoto
  • Sedikit garam

Cara penyediaannya:

  1. Cuci bersih telur dan pastikan tiada kekotoran pada kulit telur.
  2. Kemudian, pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk besar.
  3. Setelah itu, masukkan tepung jagung ke dalam mangkuk berisi telur. Gaul kedua-dua bahan tersebut sehingga sebati dan tiada ketulan tepung.
  4. Tambahkan sedikit pewarna kuning untuk meningkatkan warna bancuhan.
  5. Jangan lupa juga untuk menambah sedikit ajinomoto dan garam. Gaul lagi sehingga ketulan tepung hilang. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau pekat.
  6. Masukkan udang ke dalam bancuhan tepung dan gaul rata hingga semua udang disalut dengan baik.
  7. Untuk menggoreng, tarik ekor udang dan masukkan ke dalam minyak yang sudah panas. Masukkan udang satu per satu.
  8. Goreng udang hingga benar-benar garing sebelum diangkat.

Lihat video penuh:

Sumber: Rizal Kitchen

Baca juga: Rahsia Cekodok Pisang Yang ‘Fluffy’ & Rangup, Memang Layan Bila Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN