nasi lemak kukus

Jika ingin memasak Nasi Lemak Kukus yang mudah, ikutlah resipi yang kami kongsikan ini. Tambahan pula, cara masak begini sangat disukai ramai kerana tak tinggal kerak sama sekali.

Nasi Lemak ialah makanan tradisi orang Melayu yang popular di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Jika datang ke Malaysia, pelancong luar negara pasti takkan lepaskan peluang untuk makan hidangan ini.

Bagaimana Nasi Lemak mendapat namanya? Sebenarnya, ia datang daripada rasa nasi itu sendiri yang cukup berlemak. Tak sama seperti nasi biasa, ia dimasak menggunakan santan.

Selain santan, Nasi Lemak turut dimasak bersama bawang putih, halia, serai dan daun pandan bagi meningkatkan lagi aroma dan rasa nasi tersebut.

Natasya Nadia telah kongsikan resipi Nasi Lemak Kukus di Facebook yang sangat mudah dengan menggunakan 5 bahan saja. Jom kita cuba!

Baca juga: Sambal Kerang Pedas Manis, Ramai Kata Sedap Makan Dengan Nasi Lemak!

RESIPI NASI LEMAK KUKUS

nasi lemak kukus

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mual, masukkan beras dan semua bahan dalam kuali.

2. Kemudian, masak sampai santan kering.

nasi lemak kukus

3. Selepas itu, panaskan pengukus terlebih dahulu.

4. Seterusnya, pindahkn dalam pengukus yang sudah dipanaskan.

5. Akhir sekali, kukus sampai nasi masak. Siap untuk dihidang!

Sebenarnya, cara memasak seperti ini pernah digunakan oleh orang-orang kampung pada masa dahulu. Oleh sebab zaman semakin moden, jadi ramai yang mula gunakan periuk nasi saja untuk memasaknya.

Setelah siap Nasi Lemak Kukus ini, anda akan dapati hasilnya cukup memuaskan kerana nasinya jadi sebutir-sebutir dan tak tinggalkan kerak dalam pengukus.

Nasi Lemak bukan saja sedap dimakan sewaktu sarapan, malah boleh dijadikan sebagai hidangan tengah hari atau malam juga. Senang cerita, bila-bila pun boleh makan.

Selamat mencuba!

Sumber: Natasya Nadia

Baca juga: Nasi Lemak Utara, Cara Masak Tanpa Santan Ini Lebih Sedap Dan Beraroma

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN