burn cheese kek

Resepi burn cheese kek atau basque burn cheesecake ini sebenarnya cukup mudah jika ada yang ingin buat sendiri di rumah.

Jika beli di kedai, harga untuk sepotong kek boleh tahan mahal juga. Oleh itu, ada baiknya jika kita belajar membuatnya.

Menerusi perkongsian oleh Puan Habsah Ngah di bawah, beliau ada menunjukkan cara-cara penyediaan burn cheese cake yang sedap dan ringkas. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Puding Kek Batik Lembut, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

RESEPI BURN CHEESE KEK

burn cheese kek

Bahan-bahan:

  • 250g krim keju (cream cheese)
  • 200ml krim putar (whipping cream)
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji telur saiz A
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit esen lemon (pilihan, untuk kurangkan bau telur)
  • Sedikit garam (hujung sudu)

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dalam blender dan kisar sehingga sebati dan pekat.

2. Sediakan loyang dengan melapikkan kertas baking (baking paper).

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar dalam Air Fryer pada suhu 160°C selama 30 minit. Jika mahu kek yang lebih hangus di bahagian atas, tambahkan lagi 10 minit masa membakar.

burn cheese kek

4. Pastikan suhu tidak terlalu tinggi agar kek masak dengan rata di bahagian tengah.

5. Setelah kek suam, bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Pn Habsah Ngah

Baca juga: Bakers Ini Kongsi Resipi Congo Bar Hasil Jualannya, Kek Yang Paling Laris!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN