PENULIS

myResipi

KATEGORI

Tips & Petua

POSTED ON

2021-03-23

Bayangkan bila korang tengah semangat nak masak, masa tu juga pisau tumpul. Nak potong daging, ayam, sayur terus jadi tak best. Nak asah pisau pula tak tahu teknik yang betul, asah banyak kali pun pisau tak tajam jugak. Jadi dekat sini kami akan kongsikan cara paling bekesan dan mudah untuk korang asah pisau supaya boleh jadi tajam seperti baru beli.

Nak asah pisau ni kena ada teknik yang betul, bukan hanya sekadar menggesek dan mengasah pada batu asah tu.  Jom kita tengok cara asah pisau yang mudah yang korang boleh cuba terus kat rumah tu.

BAHAN-BAHAN

  • Batu asah
  • Pisau
  • Sebesen air

CARA-CARA

  • Rendam batu asah di dalam air selama 15 minit
  • Pastikan mata pisau berada dalam kedudukan 30 darjah dari permukaan batu asah
  • Tolak dan tarik mata pisau ulang sehingga 10 kali
  • Mulakan menggesek pisau pada permukaan batu asah yang kasar
  • Sambung menggesek pada permukaan batu asah yang lembut