bread butter pudding

Bayangkan bau wangi mentega dari bread butter pudding yang memenuhi ruang rumah anda. Bukan sahaja wangi, rasanya pula sangat sempurna untuk sesiapa yang mencubanya.

Tekstur lembut dan sedikit rangup di bahagian atas, dilengkapi pula dengan sos vanila. Memang betul-betul rasa bagai diawang-awangan!

Jom lihat resipi lengkap di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Ayam Buttermilk, Cara Pedas Macam Ini Makan Bertambah Pun Tak Muak!

RESIPI BREAD BUTTER PUDDING BERSAMA SOS VANILA

Bahan-bahan:

  • 4 cawan roti putih (8 keping roti) dipotong dadu
  • ½ cawan kismis (boleh juga tambah cranberry kering jika suka)
  • 2 cawan susu
  • ¼ cawan mentega
  • ½ cawan gula
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 1 sudu besar esen vanila
  • ½ sudu kecil serbuk buah pala
  • Tambah sedikit cip coklat sebagai hiasan

Bahan-Bahan Sos Vanila

  • ½ cawan mentega
  • ½ cawan gula
  • ½ cawan gula perang, dipadatkan
  • ½ cawan krim putar pekat
  • 1 sudu besar esen vanila

Cara penyediaan bread butter pudding:

1.  Panaskan oven pada suhu 180°C (350°F). Dalam satu mangkuk besar, campurkan roti dadu dan kismis (atau cranberry jika suka).

2.  Dalam periuk kecil, panaskan susu bersama ¼ cawan mentega di atas api sederhana hingga mentega cair sepenuhnya, kira-kira 4-7 minit.

3. Tuangkan campuran susu panas ke dalam mangkuk roti, biarkan selama 10 minit supaya roti menyerap susu.

4. Masukkan gula, telur yang telah dipukul, esen vanila, dan serbuk buah pala ke dalam campuran roti. Gaul rata hingga semua bahan sebati.

5. Tuangkan adunan ke dalam bekas kaserol yang telah disapu minyak. Taburkan cip coklat di atas untuk versi kanak-kanak atau taburkan serbuk kayu manis bagi versi dewasa. Bakar selama 40-50 minit atau sehingga puding set di bahagian tengahnya.

Cara Penyediaan Sos Vanila

1.  Campurkan mentega, gula, gula perang, dan krim putar dalam periuk kecil. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sesekali hingga campuran menebal dan mula mendidih sepenuhnya, kira-kira 5-8 minit.

2. Setelah sos pekat, matikan api dan kacaukan esen vanila.

bread butter pudding

Selamat mencuba!

Sumber: Makcik Ratu

Baca lagi: Resipi Daging Goreng Belengas, Penuh Rasa Manis & Pedas Buatkan Terliur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN