Categories: Resipi

Bihun Sup Ayam Lembut Bersama Sambal Merah & Sambal Kicap, Menu Power Pengganti Nasi Hari Ini

Jika anda sedang mencari menu bihun sup ayam yang ringan tapi memuaskan, resipi ini memang pilihan tepat! Gabungan sup ayam wangi, isi ayam carik lembut dan dua jenis sambal pedas, sambal merah berlemak dan sambal kicap manis, boleh menjadi pengganti nasi hari ini. Sekali makan, pasti rasa nak tambah lagi!

Resipi ini diinspirasikan daripada perkongsian Nurain Ain di Facebook dan diolah supaya mudah diikuti.

Baca juga: Tips Celur Bihun Supaya Tak Lembik Dan Tak Putus, Rahsia Yang Ramai Selalu Terlepas Pandang

RESIPI BIHUN SUP AYAM SEDAP

Bahan-bahan sup ayam:

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 bunjut sup
  • 2 liter air
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Bahan-bahan ayam carik:

  • Isi ayam daripada sup tadi, dicarik halus

Bahan-bahan sambal merah:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang geragau (pilihan)
  • 10–15 tangkai cili kering (rebus dan buang biji)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan sambal kicap:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk kecil cili api
  • ½ cawan kicap manis
  • Sedikit gula

Bahan-bahan lain:

  • 1 paket bihun (direndam dan dicelur)
  • Daun sup dan daun bawang (hiris)
  • Bawang goreng
  • Limau nipis

Cara-cara penyediaan:

1. Sup Ayam

  • Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus.
  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan ayam dan kacau rata.
  • Tuang air, masukkan bunjut sup dan masak hingga ayam empuk.
  • Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  • Keluarkan isi ayam, carik halus untuk ayam carik.

2. Sambal Merah

  • Kisar bawang, udang geragau dan cili kering.
  • Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  • Perasakan dengan garam dan gula.

3. Sambal Kicap

  • Kisar bawang putih dan cili api.
  • Masukkan kicap manis dan gula, kacau rata.

4. Menghidang Bihun Sup Ayam

  • Letakkan bihun dalam mangkuk.
  • Susun ayam carik di atas bihun.
  • Tuang sup panas secukupnya.
  • Tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  • Hidangkan bersama sambal merah dan sambal kicap.
  • Perah sedikit limau nipis untuk rasa segar.

Tips Sup Bihun Sup Ayam Lagi Sedap

  • Untuk sup lebih wangi: tambah kayu manis dan bunga lawang.
  • Sambal merah lebih berlemak: tambah sedikit udang kering.
  • Nak pedas kaw-kaw: masukkan cili api lebih dalam sambal merah.

Resipi bihun sup ayam ini mudah, cepat dan sangat sesuai untuk makan tengah hari atau malam. Kuah panas, bihun lembut, ayam carik lembut dan sambal pedas, memang sedap dimakan terus!

Selamat mencuba!

Sumber: Nurain Ain

Baca juga: Resepi Bihun Singapore Sedap, Ada Tips Supaya Tak Putus-Putus Semasa Goreng!

Aimi

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago