bihun goreng singapore simple

Hujung minggu adalah waktu paling sesuai untuk meluangkan bersama orang tersayang. Jika rancang untuk berkelah, anda boleh cuba buat Bihun Goreng Singapore simple.

Pergi berkelah memang menyeronokkan, tapi ia tak lengkap tanpa hidangan yang sedap. Boleh dikatakan makanan adalah benda wajib dibawa setiap kali berkelah.

Nak berkelah kena bawa makanan yang ringkas dan mudah. Oleh itu, anda cubalah resipi Bihun Goreng Singapore simple oleh Shazleen ShangriLa di Facebook ini.

Baca juga: Bihun Soto Ayam SIMPLE & Senang Buat, Makan Dengan Cili Kicap Lagi Sedap!

RESIPI BIHUN GORENG SINGAPORE SIMPLE

bihun goreng singapore simple

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus bihun (400g)
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • 1 mangkuk kecil isi udang
  • 1 mangkuk kecil isi ayam (potong dadu)
  • 3 batang fish cake (potong dadu)
  • 1 kiub ikan bilis
  • 2 biji telur
  • Kobis (cincang kasar)
  • Lobak merah (potong mancis)
  • Sawi
  • Taugeh
  • Lada sulah (jika suka)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Bawang goreng (hiasan)
  • Daun bawang (hiasan)

Bahan-bahan tumbuk halus:

Cara-cara:

1. Rendam atau celur bihun sehingga lembut, kemudian tapis dan ketepikan.

bihun goreng singapore simple

2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.

3. Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake.

4. Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur, kemudian kacau seketika.

5. Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati, kemudian masukkan sayur-sayuran seperti lobak merah, kobis dan sawi. Teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.

6. Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa, kemudian tambah taugeh pada saat akhir supaya tak terlalu layu.

7. Angkat dan hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. Siap untuk dihidang!

Bihun Goreng Singapore simple adalah antara menu sesuai untuk dibawa ketika berkelah. Anda boleh letakkan potongan cili jika lebih sukakan pedas okay?

Selamat mencuba!

Sumber: Shazleen ShangriLa

Baca juga: Tip Masak Bihun Goreng Sedap, Masukkan SATU Bahan Ini Dalam Tumisan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN