thailand

Korang yang pernah ke Thailand pasti merindui syurga ‘street food’ dan lokasi membeli-belah di sana yang sentiasa sibuk dengan pelancong luar termasuk dari kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Begitupun, kini timbul kegusaran dalam kalangan pelancong Malaysia di Thailand memandangkan juadah makanan di negara jiran itu mungkin boleh mengandungi ganja yang menyebabkan seseorang itu disahkan positif ujian dadah.

Ini setelah Lembaga Narkotik Thailand sebelum ini telahpun mengeluarkan ganja daripada senarai dadah yang dilarang di negara mereka. Orang ramai dibenarkan pula untuk menanam tumbahan ganja di kediaman bagi kegunaan sendiri.

Baca juga: Daging Akan Jadi Lebih ‘Empuk’, Penternak Di Thailand Guna Ganja Sebagai Makanan Ayam

Lapor Reuters, Thailand ialah negara pertama di rantau Asia Tenggara yang meluluskan ganja pada tahun 2018 untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan.

Mengulas tentang kerisauan pelancong Malaysia ini, Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, rakyat perlu memaklumkan kepada kedai makan di sana mengenai larangan mengambil ganja yang masih dikuatkuasakan oleh negara Malaysia.

street food thailand

“Yang pentingnya kita ikut undang-undang kita, tapi apabila melawat ke negara itu, sebagai orang luar kita kena ikut undang-undang di sana,” jelasnya kepada pemberita.

Ganja dikhuatiri digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan masakan di Thailand selepas rakyatnya dibenarkan menanam pokok ganja bagi kegunaan sendiri.

Kini, kawalan pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dipertingkatkan kerana dikhuatiri lebih mudah untuk mendapatkan ganja di negara jiran itu.


“Perancangan utama kita sememangnya akan memperketat dan meningkatkan kawalan di pintu masuk yang bersempadan dengan Thailand dan saya akan umumkan tak lama lagi berkenaan rancangan itu,” tegas Hamzah.

Namun bagi korang yang mempunyai perancangan untuk melepasi sempadan ke sana, janganlah takut pula. Pihak keselamatan di sempadan tidak akan menahan rakyat Malaysia yang pulang dari Thailand.

Cuma apabila ditahan dan keputusan ujian saringan air kencing adalah positif, maka dia kena jawablah sebab apa positif,” tegas beliau.


Sumber: Utusan Malaysia

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN