ayam masak kicap

Hidangan Ayam Masak Kicap ala Tiga Budak Gemok ni memang popular. Enak dan kena dengan selera orang Malaysia.

Ada pula Sambal Gesek, aneka ulam dan telur dadar, Pergh…Sedap tak terkata. Padu beb!

Menerusi perkongsian saudari Rozmaliza Omar, beliau telah berkongsi resipi Ayam Masak Kicap Dan Sambal Gesek Ala Tiga Budak Gemok yang boleh anda cuba.

Baca juga: Nasi Terjelantah? Wanita Ini Kongsi Petua ‘Repair’ Balik, Jangan Buang Terus!

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.


Resipi Ayam Masak Kicap

ayam kicap

Bahan A:

1/2 ekor ayam – dibersihkan, potong kecil dan gaul dengan garam serta serbuk kunyit. Goreng hingga garing.

Bahan B: Tumbuk / Kisar Kasar

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili api merah
5 biji cili api hijau
1/2 inci halia – hiris nipis dulu

Bahan C:

4 sudu makan sos tiram
7 sudu makan kicap lemak manis
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan karamel masakan
1 sudu makan gula melaka
1 sudu makan pes asam jawa
3 tangkai daun kari
Garam (bubuh jika perlu sahaja)
Ajinomoto – optional

Cara-cara memasaknya:

1. Gorengkan ayam hingga garing. Ketepikan seketika.
2. Tumbuk atau kisar sedikit kasar bahan-bahan B.
3. Gunakan minyak lebihan goreng ayam tadi dan tumis bahan-bahan tumbuk/kisar hingga kuning.
4. Masukkan bahan-bahan C. Garam letak bila perlu. Kacau 2-3 minit. Sesuaikan rasa. Sekiranya suka agak berkuah masukkan sedikit air.
5. Bila sudah cukup rasa, masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul rata. Siap.


Resipi Sambal Gesek

sambal gesek

 

Bahan-bahan:

15 biji cili api hijau (*)
15 biji cili api merah (*)
1 biji bawang holland size kecil (*) – potong kasar
3 ulas bawang putih (*) – potong kasar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji perahan limau nipis
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara memasaknya:

1. Panaskan minyak dan gorengkan semua bahan-bahan yang bertanda (*).
2. Gorengkan hingga layu dan bawang sedikit kekuningan.
3. Bila sudah layu, angkat dan tumbuk/ kisar semuanya hingga 90% lumat..
4. Perasakan dengan garam, gula & jus perahan limau nipis. Sesuaikan rasa. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba.


Sumber: Rozmaliza Omar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN