Peminat Ayam Panggang memang tak tahan jika nampak ada peniaga yang menjualnya di pasar malam, mesti nak beli untuk nikmati bersama keluarga di rumah.
Walaupun kedengaran seperti susah membuatnya, namun sebenarnya Ayam Panggang adalah antara pilihan hidangan ramai kerana jalan kerja yang tak begitu renyah.
Seperti perkongsian Muhammad Azhari di Facebook, resipi Ayam Panggang yang dibuatnya cukup mudah dengan menggunakan 3 langkah saja. Jom cuba!
Baca juga: Ayam Tandoori Homemade, Sedap Dia Sebijik Macam Kedai Mamak!
RESIPI AYAM PANGGANG
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 2 ulas bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 senduk sos lada hitam
- 2 sudu besar serbuk lada hitam
- 2 sudu besar madu
- 1 ketul kiub ayam
- 2 sudu besar gula pasir atau gula perang
- 2 sudu besar serbuk oregano atau herba campuran
- Garam secukup rasa
- 100ml air
- 2 sudu besar minyak zaitun atau minyak masak biasa
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan kecuali ayam, kemudian lumurkan bahan-bahan yang dikisar pada keseluruhan ayam yang telah dibersihkan di bahagian luar dan dalam.
2. Kemudian, perap ayam selama 1 hingga 2 jam di dalam chiller.
3. Seterusnya, bolehlah panggang ayam di dalam oven selama 1 jam dengan suhu 200℃. Bagi pengguna Breadmaker Noxxa, suhu cuma tetapkan pada 170℃ dan masanya 1 jam 30 minit.
Sebagai tambahan, anda boleh letak ubi kentang, lobak merah, brokoli dan capsicum, barulah hidangan nampak berkhasiat dan menarik.
Apa yang membuatkan Ayam Panggang ini disukai ramai adalah kerana hidangan ini boleh dimakan tak kira golongan usia.
Tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa, boleh dikatakan semua orang takkan menolak untuk nikmati hidangan yang sihat dan lazat ini.
Apabila makan, anda akan terasa isi ayam lembut yang sangat berjus, malah manisnya juga cukup rasa dan hidangan ini cukup sesuai untuk dihidangkan buat tetamu.
Selamat mencuba!
Sumber: Muhammad Azhari
Baca juga: Ayam Percik Kelantan, Cikgu Ini Kongsi Tips Untuk Tambah Lagi Sedap