ikan tongkol tak hanyir

Ramai yang tak tahu teknik dan rahsia supaya ikan tongkol rasa lebih sedap dan berbau wangi iaitu dengan merebus ikan terlebih dahulu. Barulah ikan tongkol tak hanyir. Kalau buat gulai ikan pun akan jadi lebih sedap!

Cikgu Afy AL Habibi ada berkongsikan caranya. Kalau rebus ikan tongkol ikut cara ini, isi ikan juga akan menjadi lebih pejal. Jom lihat cara-caranya di bawah.

Cara Rebus Ikan Tongkol Tak Hanyir

1. Bersihkan seekor ikan tongkol kayu/ ayo putih dari bau darah yang hanyir. Susun ikan dalam periuk atau guna kuali.

2. Sediakan masukkan bahan rahsia terpenting:

  • 2 keping kecil nise
  • 3 hiris lengkuas
  • 2 hiris halia
  • Daun pandan 2 helai
  • 2 keping asam keping

Kemudian tabur rata 2 sudu besar garam bukit.

ikan tongkol tak hanyir

3. Masukkan 1 senduk kecil cuka untuk isi ikan menjadi pejal.

4. Semasa merebus ikan, tutup kuali atau periuk dengan penutupnya. Gunakan api perlahan. Rebus selama lebih kurang 45 minit.

5. Buka penutup tadi. Keringkan sedikit air ikan dengan membesarkan api selama 2 minit. Siap!

ikan tongkol tak hanyir

6. Rupa isi ikan tongkol rebus yang pejal.

ikan tongkol tak hanyir

7. Tips lain untuk rasa ikan rebus yang sedap adalah dengan membiarkan semalaman supaya rasanya lebih mesra.

Sedap buat gulai ikan untuk nasi dagang.

Kredit: Afy AL Habibi