ayam tandoori

Sesiapa saja yang pernah pergi kedai mamak pasti terbayangkan keenakan Ayam Tandoori yang cukup lembut dan sedap.

Ayam tandoori, yang berasal dari Asia Selatan, merupakan ayam panggang yang telah diperap di dalam yogurt.

Makanan ini diperasakan dengan pelbagai rempah ratus untuk menaikkan rasa dan warna merah tersendiri pada dagingnya.

Baca juga: Cara Buat Ayam Bakar Madu Paling Mudah, Tak Guna Banyak Bahan!

Biasanya mereka yang ke kedai mamak akan ambil makanan ini bersama roti nan. Sedap jika dimakan panas-panas.

Mak-mak yang teringin memakannya tapi malas ke kedai mamak, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nurul Joe di Facebook ini.

RESIPI AYAM TANDOORI HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 biji bawang besar
  • 10 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 biji buah pelaga
  • Daun ketumbar
  • 1 biji jus lemon
  • 1 cawan greek atau plain yogurt
  • Sedikit pewarna merah

Cara-cara:

1. Campur semua bahan di atas dan kisar halus.

2. Gaul dengan ayam (seekor potong 4 yang dikelar-kelar) dan perap 5 jam atau lebih dalam aluminium foil.

3. Bakar dalam loyang (tanpa foil) suhu 180°C dalam sejam atau sehingga masak. Nak goreng pun boleh. Siap!

ayam tandoori

Jika setiap hari kena keluar ke kedai mamak sebab nak makan ayam tandoori, boleh habis duit belanja untuk bulan ini dibuatnya.

Dengan resipi ini, bolehlah anda cuba buat sendiri Ayam Tandoori di rumah. Paling penting, ia lebih jimat dan puas dimakan seisi keluarga.

Naikkan Ayam Tandoori anda di atas daun pisang bersama lemon untuk menambah rasa lebih enak. Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Joe

Baca juga: Ayam Goreng Cornflakes Rangup, Budak-Budak Mesti Laju Nak Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN