air teh kacukan

Peminat teh disini mesti ramai kan? Apa kata anda cuba resipi Air Teh Kacukan menerusi perkongsian dari Chef Dave ini. Rasanya, air ini tidak dijual di mana-mana bazar ramadan. 

Lagi-lagi bila minum masa cuaca panas, memang nikmat rasanya tekak. Tahukah anda, banyak hidangan lazat yang boleh diperbuat daripada teh kemudian dijual di pasaran dengan harga yang berpatutan.

Baca juga: Uncang Teh Tamat Tempoh, Masih Boleh Guna Atau Tidak?

Namun, hidangan tersebut boleh dibuat sendiri di rumah dengan kebersihan yang lebih terjamin dan tidak perlu keluarkan duit yang banyak. Boleh ikuti cara penyediaannya di bawah. 

RESIPI AIR TEH KACUKAN DARI CHEF DAVE

Korang, tahulah air tu mengiurkan waktu sekarang ni, sabar ya! Kejap lagi buka, tinggal berapa jam saja lagi ni, sabar! Jangan lupa cuba dekat rumah! Simple dan padu rasa air ini. 

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 5 minit
Hidangan: 5-10 pax

Bahan – bahan:

Cara-cara bancuhan:

1. Mula-mula sekali, potong daun pandan dulu. Kemudian, masak air di dalam periuk dan masukkan pandan untuk buat air pandan. Biarkan ia mendidih dalam suhu api sederhana.

2. Sementara air tengah mendidih dalam masa 5 minit, hiriskan buah lemon dan sediakan sedikit daun pudina.

3. Bila air pandan sudah siap mendidih, tapiskan air tersebut dari daun pandan.

4. Air pandan yang sudah siap ditapis, masukkan pula gula dan kacau sebati.

5. Selepas itu, masukkan pula serbuk teh. Biarkan ia rendam seketika sehingga teh tersebut pekat.

6. Dalam bekas air yang lain, masukkan ketulan ais, hirisan lemon dan daun pudina yang sudah dibersihkan tadi.

7. Selepas teh sudah pekat, boleh tapis dan masukkan ke dalam bekas air ini. Kacau-kacau dan sedia untuk dinikmati.

Video penuh:

Selamat mencuba!

Sumber: TikTok Chef Dave

Baca juga: Resipi Teh Bunga Kertas, Banyak Khasiatnya Yang Ramai Tak Tahu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN