hashbrown

Jom buat sendiri Hashbrown ala McD tapi boleh tambah cheese di dalamnya. Anak-anak mesti suka nak makan untuk sarapan, minum petang atau dinner nanti!

Kalau dah bosan makan jemput-jemput, kali ni tukar sikit makanan ala kentang, bukan kentang goreng tetapi kentang yang diparut halus.

Baca juga: Tortilla Wraps Ala Chicken Foldover Mcd, Guna Roti Gardenia & Daging Burger Je

Makan kentang pun bagus tau, cepat kenyang dan boleh bertahan lama dari rasa lapar. So, marilah sama-sama belajar buat Hash Brown versi melayu.

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan AJ Idris ini di laman Facebook. Memang nampak mengiurkan bila mozarella cair keluar ketika tengah panas! 


RESIPI HASHBROWN ALA MCD

bahan hashbrown

Bahan-bahan:

  • 2 biji kentang saiz sederhana besar – diparut, dicuci dan diperah sampai kering.
  • 1 biji bawang merah dicincang halus.
  • ¼ cawan tepung gandum.
  • 1 biji telur
  • 1 blok keju mozarella
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukupnya

Cara-cara membuat:

1. Campurkan kesemua bahan.

2. Kemudian, masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa serta gaul sampai sebati atau melekat.

Nota penting: kentang parut wajib betul-betul diperah hingga kering. Kalau tidak, dia akan berair dan tepung jangan banyak, nanti dia tidak jadi hashbrown.

3. Selepas itu, potong mozzarella kecil-kecil.

4. Kemudian, letakkan campuran bahan diatas telapak tangan dan letakkan mozzarella pada bahagian atas serta tutupkan dengan campuran bahan tadi.

5. Goreng selama 10 minit atau goreng sehingga warna keperangan. Sedia untuk dihidang!


Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Ala ‘Mekdi’, Guna 3 Tepung Ini Sebagai Bancuhan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN