sos ayam mangga

Siapa yang suka makan ayam mangga? Nak buat ayam goreng senang saja, mangga pula tinggal parut je. Tinggal satu lagi bahan yang sos ayam mangga.

Rupanya mudah sangat cara nak buat sos ayam mangga homemade macam kat kedai tu. Bila dah pandai buat sendiri, boleh buat jual pula.

Resipi hasil perkongsian oleh Cikgu Afy AL Habibi ini telah mendapat ribuan shares di laman sosial Facebook. Jom cuba!

RESIPI SOS AYAM MANGGA HOMEMADE

Bahan-bahan untuk membuat kuah sos thai:

  • Sos Cili Thai

Wajib guna jenama seperti yang cikgu tunjukkan untuk rasa yang menyengat.

  • Kicap pekat
  • Air kosong
  • Cili Merah
  • Lemon
  • Bawang putih jeruk
  • Bijan disangai (untuk ditabur dalam sos colek pada akhirnya)

Perhatian: Garam, gula @ nisse tidak diperlukan seperti bahan yang tersedia dalam gambar.

Cara-cara penyediaan:

1. 8 tangkai cili padi dikisar bersama 2 labu bawang putih jeruk (dibuang kulit dan tangkainya).

2. Kisar bersama air dalam bawang jeruk. Kisaran sedikit halus.

3. Dalam periuk, masukkan 5 senduk sos Thai.  (tak perlu buka api lagi)

4. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.

sos ayam mangga

5. Tuang segelas air.

6. Perahkan sebiji lemon tanpa biji. Pasang api dapur paling perlahan.

sos ayam mangga

7. Kemudian masukkan satu sudu besar kicap pekat (tak penuh). Nanti agak-agak sebab kita tak nak kuahnya terlalu gelap warnanya.

8. Untuk memekatkan kuah, masukkan campuran 1/2 sudu besar tepung jagung dan 1/3 cawan air kosong.

9. Kacau sehingga kuah mendidih sebelum ditutup api. Jika terlalu pekat, bolehlah ditambahkan lagi sedikit air.

*tak perlu tambah garam gula sebab sos pencicah tu memang secukup rasa dengan kuantiti yang cikgu gunakan*

sos ayam mangga

10. Bahan-bahan lengkap untuk menyediakan colek ayam.

11. Hidangan colek ayam kita.

Kredit: Afy AL Habibi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN