ais batu

Bila pesan minuman sejuk di restoran mesti ada masa kita tertanya-tanya ais batu yang dimasukkan ke dalam minuman kita ni guna air masak atau air paip.

Bagi yang mementingkan kesihatan dan kebersihan perkara ini akan selalu bermain di fikiran. Bayangkan jika selama ini restoran yang biasa kita pergi rupanya guna ais batu dari air paip yang tak dimasak.

Baca juga: Semak Logo Halal Dari Seluruh Dunia Yang JAKIM Iktiraf, Wajib Tahu Tau!

Kita sendiri maklum bahawa air paip yang tak dimasak mengandungi bakteria e-coli. Jadi memakan cubes ice dari air paip yang tak dimasak ini mungkin boleh memudaratkan kesihatan.

Tapi macam mana kita nak bezakan ia yang dibuat dari air masak atau air paip? Bila dah tahu beza senanglah kita nak elakkan.

Ikuti perkongsian di bawah. 


PERBEZAAN AIS BATU GUNA AIR PAIP ATAU MASAK

Air Yang Dimasak

Air secara semula jadinya mengandungi gas seperti oksigen, mineral dan bahan kimia lain. Apabila kita masak / mendidihkan / menapis air, kandungan mineral dan oksigen yang terkandung dalamnya akan hilang. Jadi ketulan ais yang terhasil daripada air yang ditapis / dimasak akan kelihatan jernih.

Air Yang Tidak Dimasak

Untuk air yang tidak dimasak pula, apabila air disejukbekukan menjadi ais, gas yang terkandung akan menjauhi suhu sejuk itu. Maka gas ini akan terperangkap di dalam dan mengganggu pembentukan struktur ikatan antara molekul air.

Ikatan yang tidak sekata ini menyebabkan ais itu berupa keruh. Tapi tak salah jika kita memeriksa dulu ciri-ciri ais sebelum meminumnya.


Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Malaysia 3C 

Baca juga: BEZA Santan Segar, Santan Kotak & Serbuk Santan Ketika Masak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN