aeon big

Aeon Big baru-baru ini telah menyahut sokongan selepas Mydin melancarkan program Menu Rahmah bagi membantu golongan yang memerlukan untuk mengharungi kos sara hidup yang tinggi.

Antara hidangan yang ditawarkan dalam Menu Rahmah Aeon Big berharga RM4.95 ialah:

  • Menu Rahmah Sotong
  • Menu Rahmah Ayam Hitam
  • Menu Rahmah Ayam Masak Merah
  • Menu Rahmah Ikan 
  • Menu Rahmah Ikan Lemak

 

aeon big

Pergh! Dah boleh menikmati lauk sotong dengan harga yang murah. Memang menariklah!

Bukan itu sahaja tau, Aeon Big juga telah melancarkan Program Rahmah yang lain iaitu;

  • Jualan Rahmah – konsep jualan murah dengan menawarkan harga barangan keperluan sehingga 30% lebih rendah. 
  • Bakul Rahmah – sumbangan kepada 180 keluarga dari kumpulan B40 dan miskin tegar di enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Perak, dan Pahang.
  • Pakej Rahmah – menyediakan pakej barangan keperluan harian bernilai RM50 di seluruh cawangan.

Menerusi Jualan Rahmah, Aeon Big menawarkan 100 produk terpilih yang dijual pada harga lebih rendah untuk meringankan beban pelanggan. 

Baca juga: Lebih 15,0000 Premis Dah Lancar Menu Rahmah, Ini 15 Info Yang Korang Patut Tahu
Baca juga: Ini Senarai Lokasi Kedai Tomyam Yang Tawarkan Menu Rahmah RM5
Baca juga: Restoran Asam Pedas Antara 25 Lokasi Di Melaka Yang Perkenal Menu Rahmah 

Antara barangan terpilih yang dijual melalui Jualan Rahmah, termasuk beras, minyak masak, makanan proses, peralatan mandian dan banyak lagi keperluan asas lain.

Tambahan lagi, majlis pelancaran Program Rahmah Aeon Big ini telah dirasmikan sendiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub di Aeon Big Wangsa Maju semalam.

aeon big

Pengarah Urusan Aeon Big, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, pihaknya sentiasa menyokong hasrat kerajaan di dalam misi membantu golongan memerlukan dan menyambut baik insiatif Payung Rahmah ini. 

Beliau berkata, pihaknya bersyukur kerana melalui program ini, Aeon Big dapat melaksanakan hasrat kerajaan sekaligus membantu golongan B40 dan miskin tegar dalam meneruskan kehidupan harian.

“Walau dalam apa juapun situasi, kami sentiasa bersedia untuk bergerak bersama bagi memastikan kelangsungan hidup dan keadaan ekonomi dan sosial sentiasa seimbang. 

“Golongan B40 dan miskin tegar ini juga merupakan sebahagian dari ekosistem kami dan menjadi tanggungjawab Aeon Big untuk sentiasa berada dekat di hati mereka,” katanya dalam kenyataan.


Sumber: Harian Metro

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN