air fryer

Sejak viralnya menu yang boleh dimasak menggunakan air fryer, ramai mak-mak yang sudah mula beli air fryer.

Bila dah digunakan untuk masak, pasti kita perlu mencuci peralatan selepas sahaja digunakan bukan?

Kata orang, kalau nak basuh air fryer ini ada caranya yang tertentu, kalau tidak mudah rosak.

Baca juga: 10 Resipi Ayam Guna Air Fryer Paling Mudah, Sedap & Menyelerakan

Oleh itu, salah seorang pengguna ini berkongsikan cara dan teknik yang betul untuk korang basuh air fryer tanpa merosakkan peralatan tersebut.

Ini Kaedah Betul Cuci Air Fryer Agar Tak Mudah Rosak


Peralatan Yang Diperlukan:

Cuka Buatan
Soda Bikarbonat
Span Lembut
Sabun Cuci Pinggan
Kain Bersih
Berus Plastik

Cara cuci bahagian dalam:

1. Pastikan air fryer betul-betul sejuk dan dah ditutup suis.


2. Keluarkan bakul jaring dan letak di tepi.


3.Ambil tisu dan lap sisa-sisa makanan di sekeliling kawasan dalam supaya memudahkan proses korang mencuci nanti. Kemudian, masukkan kembali jaring ke dalam bakul.

4. Didihkan air dan gunakan air panas ini dituang ke dalam bakul air fryer. Ini bagi memudahkan sisa makanan tertanggal, rendam selama 3 minit. Jangan guna span besi basuh pinggan kerana akan mengeluarkan ‘coating’ jaring bakul.


5. Masukkan satu penutup cuka dan suku sudu soda bikarbonat. Kemudian, goncangkan seketika bakul air fryer korang untuk mengeluarkan lagi sisa makanan.


6. Sementara menunggu sisa makanan tertanggal, korang boleh menggunakan senduk kayu atau berus untuk cuci bahagian jaring.


7. Tuang air rendaman tadi kemudian cuci air fryer seperti biasa. Pastikan korang cuci bahagian dalam menggunakan tangan untuk mengelakkan ia dari terhakis. Bilas dan siap!


Cara cuci bahagian luar:

1. Simpan wayar dengan menolak ke bahagian dalam.


2. Baringkan air fryer. Kemudian, basahkan kain dengan air tanpa menggunakan sabun. Bersihkan elemen pemanas dan lapkan ia secara membulat.


3. Lapkan juga bahagian badan air fryer supaya nampak bersih dan kemas!



Sumber: Amanda Tan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN