Sotong celup tepung rangup memang antara menu yang susah nak tolak, lebih-lebih lagi kalau baru diangkat dari kuali dan masih panas. Selalunya bila makan di kedai, tepungnya rangup dan melekat elok pada sotong, tapi bila cuba buat sendiri, hasilnya pula tak seperti yang diharapkan.
Kalau selalu risau sotong jadi liat, tepung mudah tertanggal atau minyak mula meletup ketika menggoreng, boleh cuba cara mudah ini. Menariknya, resipi ini hanya menggunakan empat bahan dan tak perlukan bancuhan tepung yang rumit.
Menurut perkongsian resipi ini, sotong hanya perlu digaul bersama telur sebelum disalut dengan tepung ayam goreng segera. Kemudian, goreng menggunakan api sederhana supaya sotong masak elok tanpa terlebih masa dalam minyak.
Baca juga: Resipi Kerabu Sotong, Nampak Ringkas Tapi Ada ‘Petua’ Supaya Tekstur Kekal Lembut & Tak Liat
RESEPI SOTONG CELUP TEPUNG RANGUP

Bahan-bahan:
- 5 ekor sotong saiz sederhana (anggaran ½ kilogram)
- 1 biji telur
- Tepung ayam goreng segera secukupnya, original atau pedas
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Bersihkan sotong dan toskan sehingga airnya berkurangan.
- Masukkan sotong ke dalam mangkuk, kemudian pecahkan sebiji telur.
- Gaul sotong bersama telur hingga sebati. Perapkan selama 30 minit atau boleh terus ke langkah seterusnya jika mahu.
- Masukkan tepung ayam goreng segera ke dalam bekas bertutup.
- Ambil sotong secukupnya dan masukkan ke dalam bekas berisi tepung. Elakkan memasukkan terlalu banyak sotong pada satu-satu masa.
- Tutup bekas dan goncangkan sehingga tepung menyaluti keseluruhan sotong dengan sekata.
- Panaskan minyak menggunakan api sederhana. Elakkan menggunakan api terlalu besar kerana sotong boleh menjadi liat jika digoreng terlalu lama.
- Setelah minyak benar-benar panas, masukkan sotong yang sudah disalut tepung.
- Selepas masukkan sotong, jangan terus kacau. Biarkan seketika sehingga bahagian salutan mula garing. Jika terlalu awal dikacau, tepung mudah tertanggal daripada sotong.
Apabila salutan tepung sudah nampak garing, barulah balikkan atau kacau sotong perlahan-lahan supaya masak sekata. - Jangan masukkan terlalu banyak sotong dalam kuali supaya suhu minyak tidak turun mendadak.
- Goreng sehingga salutan tepung kelihatan rangup dan keemasan. Angkat dan toskan minyak.
- Hidangkan sotong celup tepung ketika masih panas untuk rasa yang lebih rangup dan sedap.
Sumber: Cik Nurul Hidayah Husni
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Sotong Kunyit, Ingat Susah Buat Rupanya Pejam Mata Pun Boleh Siap
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

