
Resepi kerabu sotong ini sesuai untuk yang suka hidangan seafood yang ringkas tetapi tetap penuh dengan rasa. Bila sotong yang lembut digaul bersama hirisan bawang, cili api, tomato dan perahan limau, setiap suapan terasa segar dengan gabungan rasa masam, pedas dan sedikit manis yang memang boleh menaikkan selera.
Kadang-kadang bila buntu nak masak lauk apa, menu kerabu seperti ini boleh jadi pilihan yang cepat dan mudah. Tak perlu tumis lama atau guna banyak bahan, hanya celur sotong sekejap dan gaulkan bersama bahan-bahan segar yang ada di dapur.
Namun, ramai yang risau sotong menjadi keras apabila dimasak. Sebenarnya, kunci untuk dapatkan kerabu sotong yang sedap ialah cara mencelur sotong dengan betul. Jangan masak terlalu lama kerana sotong hanya perlukan masa yang singkat untuk kekal lembut, juicy dan tidak liat.
Baca juga: Dah 15 Tahun Guna Cara Ini, Wanita Kongsi Resipi Sotong Goreng Tepung Tak Meletup & Tak Tertanggal
RESEPI KERABU SOTONG MASAM, PEDAS & MANIS

Bahan-bahan:
- Sotong yang telah dibersihkan secukupnya
- Air untuk mencelur
- Daun ketumbar (dihiris)
- Tomato (dipotong kecil)
- Lobak merah (dihiris halus)
- Bawang besar (dihiris nipis)
- Cili api (dihiris)
- Serai (dihiris halus)
- Jus limau secukupnya
- Kicap sotong secukupnya
- Sedikit serbuk perasa (jika suka)
Cara-cara penyediaan:
- Didihkan air terlebih dahulu di dalam periuk.
- Masukkan sotong yang telah dibersihkan ke dalam air mendidih dan celur selama kira-kira 2 minit sahaja.
- Tutup api dan segera angkat sotong. Toskan sotong sehingga kering.
- Jangan buang air celuran sotong. Simpan dalam botol dan boleh digunakan semula untuk masakan seperti tomyam kerana air ini memberikan rasa manis semula jadi daripada sotong.
- Dalam bekas besar, masukkan daun ketumbar, tomato, lobak merah, bawang besar, cili api dan serai yang telah dihiris.
- Masukkan sotong yang telah dicelur tadi ke dalam bekas yang sama.
- Tambahkan kicap sotong, jus limau dan sedikit serbuk perasa. Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
- Perasakan mengikut cita rasa. Jika suka lebih pedas atau masam, boleh tambah lagi cili api dan jus limau.
- Kerabu sotong siap untuk dinikmati bersama nasi putih.
Tip: Jangan celur sotong terlalu lama kerana haba yang berlebihan boleh menyebabkan sotong menjadi keras dan liat. Celur sekejap sahaja untuk mendapatkan tekstur sotong yang lembut dan sedap.
Sumber: Zizah Mizie
Baca juga: Resipi Sambal Sotong Pekat Melekat, Sekali Cuba Confirm Nak Tambah Nasi Lagi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














