nasi goreng sotong kunyit

Nasi goreng sotong kunyit antara menu yang mudah dimasak bila tak tahu nak makan apa. Gabungan sotong yang juicy, aroma kunyit dan cili yang pedas memang cukup membuka selera, lebih-lebih lagi bila dimasak panas-panas di rumah.

Resipi nasi goreng ini juga sangat mudah dan tak perlukan bahan yang rumit. Sesuai untuk menu sarapan, makan tengah hari atau bila lapar malam-malam. Yang penting, semua bahan selalu ada di dapur sahaja.

Kalau nak rasa lebih padu macam makan di kedai, rahsianya ada pada tumisan bahan kisar yang betul-betul naik bau serta sotong yang tidak dimasak terlalu lama supaya kekal lembut dan tidak liat.

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Ikan, Tumis Dengan Bahan Ringkas Ini Saja Tapi Memang Membuka Selera!

RESIPI NASI GORENG SOTONG KUNYIT

nasi goreng sotong kunyit

Bahan-bahan:

  • Nasi putih (sejukkan dulu lebih sedap)
  • Sotong (dibersihkan dan toskan airnya)
  • 2 biji telur
  • Ikan bilis (segenggam, ikut suka)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada merah
  • Sedikit cili padi hijau (ikut tahap pedas)
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (optional)
  • Minyak masak

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk atau kisar kasar bawang merah, bawang putih, lada merah dan cili padi hijau. Jangan terlalu halus supaya tekstur nasi goreng lebih sedap.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan minyak yang sama, masukkan telur dan kacau hingga menjadi telur hancur. Angkat dan ketepikan juga.
  4. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam kuali. Tambahkan sedikit garam dan serbuk perasa jika suka. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
  5. Masukkan sotong ke dalam kuali dengan api perlahan. Masak hingga sotong keluarkan sedikit air dan hampir masak.
  6. Taburkan serbuk kunyit dan gaul rata supaya semua bahan sebati dan berwarna cantik.
  7. Masukkan nasi putih dan gaul hingga sekata. Pastikan nasi bersalut dengan semua bahan dan berwap.
  8. Akhir sekali, masukkan semula ikan bilis dan telur hancur. Gaul rata dan siap untuk dihidang.

Sumber: Har Ryea

Baca juga: Tak Perlu Lauk Rumit, Nasi Butter Simple Guna 3 Bahan Ini Dah Cukup Buat Anak Berselera

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN