minyak hitam

Pernah tak baru sekali dua guna minyak, tapi dah jadi minyak hitam dan warna gelap. Bukan itu saja, baunya pun menjadi tengik dan berbuih.

Ramai tak tahu, minyak masak sebenarnya boleh tahan lebih lama kalau kita jaga dengan cara yang betul. Bukan saja jimat, tapi lebih selamat untuk digunakan berulang kali.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 cara mudah yang boleh bantu elak minyak masak cepat hitam dan kekal bersih walaupun dah diguna beberapa kali.

Baca juga: Cara Bersihkan Segala Lumpur Dalam Perut Kerang, Hanya Guna ‘2 Bahan’ Dapur Ini

5 TIP ELAK MINYAK HITAM SELEPAS DIGUNAKAN

minyak hitam

1. Tapis Minyak Selepas Digunakan

Setiap kali selesai menggoreng, jangan biarkan minyak bercampur dengan sisa makanan. Tapis minyak untuk buang cebisan tepung, bawang goreng atau apa-apa yang boleh cepatkan minyak jadi hitam. Ini langkah paling mudah tapi ramai terlepas pandang!

2. Simpan Di Tempat Yang Sesuai

Minyak yang sudah digunakan tapi disimpan di dapur yang panas atau terdedah pada cahaya matahari akan menyebabkan minyak cepat rosak. Simpan dalam bekas bertutup, jauh dari cahaya dan haba. Barulah tahan lama dan tak cepat bertukar warna.

3. Asingkan Minyak Ikut Jenis Gorengan

Minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan jangan dicampur dengan minyak goreng cucur atau ayam. Campuran minyak akan mengganggu rasa dan buatkan ia cepat kotor dan hitam. Oleh itu, asingkan minyak mengikut jenis masakan.

4. Kawal Suhu Api Semasa Menggoreng

Elakkan menggunakan api terlalu besar kerana boleh buat minyak jadi cepat gelap, malah boleh buat makanan jadi terlalu garing di luar tapi mentah di dalam. Suhu ideal untuk gorengan biasa (deep-fry) adalah sekitar 180°C.

5. Jangan Guna Minyak Berulang Kali

Walaupun dah tapis dan simpan elok, minyak tak boleh digunakan terlalu banyak kali. Bila minyak mula berbuih, berbau tengik atau bertukar warna pekat, itu tandanya ia sudah tak boleh digunakan. Maksimum penggunaan biasanya sekitar 2-3 kali sahaja.

Sumber: SinarPlus

Baca juga: Petua Elak Sinki Tersumbat Guna 3 Bahan Dapur, Tak Perlu Panggil Tukang Paip!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN