
Kalau anda sedang mencari resipi nasi arab ayam kabsah yang mudah, lengkap dan rasa macam restoran Arab, ini antara versi paling simple untuk dicuba di rumah.
Gabungan nasi basmati berempah, ayam bakar juicy, sup panas, sambal Sahawak dan salad segar memang buatkan hidangan ini jadi lengkap satu set — sesuai untuk makan keluarga atau jamuan istimewa.
Baca juga: Cara Buat Nasi Ayam Paling Senang, Resipi Lengkap Dengan Ayam Perap & Nasi Wangi
RESIPI NASI ARAB AYAM KABSAH

Bahan-bahan ayam bakar kabsah:
- 1 ekor ayam (potong 4)
- 2 sudu besar rempah Kabsah
- 2 sudu besar tomato puri
- Bawang besar, bawang putih & halia (dikisar)
- 2 sudu besar minyak masak
- Garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan:
1. Rebus ayam separuh masak dan simpan air rebusan.
2. Gaul ayam dengan rempah Kabsah, tomato puri, bahan kisar, minyak dan garam.
3. Perap seketika supaya rasa lebih sebati.
4. Bakar pada 180°C selama 1 jam (balikkan selepas 30 minit).
Bahan-bahan nasi arab kabsah:
- Beras basmathi (direndam 30 minit)
- 1 biji bawang Holland (hiris)
- 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
- 2 sudu besar tomato puri
- 1 sudu besar rempah Kabsah
- 3 biji cili hijau
- Air rebusan ayam
- Garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan:
1. Tumis bawang bersama 3 sekawan hingga naik bau.
2. Masukkan tomato puri dan rempah Kabsah.
3. Masukkan beras dan gaul rata.
4. Tuang air rebusan ayam (nisbah 1:1.5).
5. Masukkan cili hijau dan garam.
6. Masak dalam periuk nasi seperti biasa.
Bahan-bahan sup kabsah:
- Bawang besar & bawang putih
- 3 sekawan
- 1 sudu besar rempah Kabsah
- Air rebusan ayam
- Isi ayam
- 1 kiub pati ayam
- Garam
- Daun sup / daun ketumbar
Cara-cara penyediaan:
1. Tumis bawang dan 3 sekawan hingga wangi.
2. Masukkan rempah Kabsah.
3. Tuang air rebusan ayam.
4. Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam.
5. Reneh hingga sup sebati.
6. Tabur daun sup sebelum dihidang.
Bahan-bahan Sahawak (sambal arab):
- Cili padi
- Cili merah
- Tomato
- Bawang putih
- Daun ketumbar / pudina
- Serbuk jintan putih
- Garam
Cara-cara penyediaan:
1. Goreng seketika semua bahan.
2. Kisar tanpa air.
3. Siap untuk dihidang bersama nasi.
Bahan-bahan salad arab:
- Timun Jepun
- Tomato
- Bawang besar
- Daun ketumbar
- Lemon
- Garam
Cara-cara penyediaan:
1. Potong dadu semua bahan.
2. Perah lemon dan tambah garam.
3. Gaul rata dan sedia dihidang.
Tips Sedap Resipi Nasi Arab Ayam Kabsah
- Guna beras basmati untuk tekstur lebih berderai
- Air rebusan ayam tingkatkan rasa umami
- Perap ayam lebih lama untuk rasa lebih padu
- Jangan skip Sahawak dan salad — ini yang naikkan “kick” hidangan
Kalau anda sedang mencari resipi nasi arab ayam kabsah yang simple tapi sedap, versi ini memang sesuai untuk dicuba di rumah. Sekali cuba, confirm jadi menu ulang-ulang!
Selamat mencuba!
Sumber: Hidayati Hana
Baca juga: Nasi Minyak Paling Sedap Ala Arwah Bonda, Resipi Simple Wangi & Gebu Setiap Kali Masak
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














