
Setelah beli daun sup atau daun ketumbar, pasti kecewa apabila ia cepat layu. Sebenarnya, ada cara simpan daun sup dan daun ketumbar yang patut anda amalkan di rumah.
Sesiapa yang suka masak di rumah pasti sudah biasa beli daun sup atau daun ketumbar banyak-banyak sebab nak berjimat. Tapi, kenalah tahu cara menyimpannya dengan betul.
Nana Aziz telah kongsikan cara simpan daun sup dan daun ketumbar di Facebook yang sangat berguna dan praktikal untuk sesiapa yang suka beli banyak-banyak dari pasar.
Baca juga: Cara Simpan Daun Masakan Supaya Tahan Berbulan, Tetap Hijau & Segar Macam Baru Petik!
CARA SIMPAN DAUN SUP DAN DAUN KETUMBAR

1. Mula-mula, basuh bersih-bersih.
Apabila sampai rumah, terus bersihkan semua daun yang dibeli. Cuci sampai hilang segala kotoran, pasir dan sisa-sisa tanah.
2. Selepas itu, racik halus.
Selepas itu, daun-daun tadi diracik halus-halus, sama seperti cara kita nak tabur atas sup atau dalam sambal.
3. Kemudian, masukkan dalam bekas bertutup.
Setelah siap racik, masukkan ke dalam bekas bertutup seperti tupperware. Tak perlu padat sangat, cukup sekadar muat untuk kegunaan satu sesi memasak.
4. Seterusnya, tuang air.
Ini tips paling penting, anda perlu tuangkan air sampai menenggelamkan daun racik tadi dalam bekas tersebut. Air ini akan bantu mengekalkan kesegaran dan warna daun.
5. Akhir sekali, bekukan dalam peti sejuk:
Simpan bekas tadi dalam bahagian sejuk beku (freezer). Daun yang dibekukan bersama air ini akan kekal segar dan tak kecut walaupun disimpan dalam tempoh yang agak lama.
CARA GUNA SEMULA SEMASA MEMASAK
Setiap kali nak guna, tak perlu tunggu cair. Ambil saja seketul ais daun sup daripada bekas tersebut dan terus masukkan ke dalam masakan seperti sup, bubur, lauk berkuah atau sambal. Apabila ais cair, daun akan nampak seolah-olah masih segar macam baru diracik.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Nana Aziz
Baca juga: Cara Simpan Barli Rebus Tahan Lama, Boleh Buat Air Barli Untuk Kawal Kolesterol
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














