
Kalau sebut pasal air tebu, memang tak lengkap Ramadan tanpa minuman manis dan menyegarkan ini. Lebih-lebih lagi bila dapat yang sejuk dari bazar, memang lega terus tekak!
Tapi kali ini, kita cuba versi upgrade yang makin viral, gabungan dengan lemon yang beri rasa lebih segar dan tak terlalu manis.
Baca juga: Cara Buat Air Kelapa Limau Kasturi Sejuk, Sekali Teguk Terus Rasa Nikmat Tak Terhingga!
RESIPI AIR TEBU LEMON BERBUKA
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Tuangkan air tebu ke dalam gelas atau jug.
2. Potong lemon kepada dua bahagian.
3. Perah jus lemon ke dalam minuman (buang biji ya!).
4. Masukkan ais batu secukupnya.
5. Kacau sebati dan terus nikmati ketika sejuk.
Memang mudah, cepat dan terus siap!
Kenapa Ramai Suka Versi Lemon Ini?
Gabungan ini menjadikan air tebu lebih seimbang rasanya, tak terlalu manis dan ada sentuhan masam yang menyegarkan.
- Lebih ringan diminum
- Kurang rasa muak
- Sangat sesuai waktu berbuka
- Rasa lebih segar dan moden
Tips Lagi Sedap
- Tambah hirisan lemon untuk rasa lebih kuat
- Kisar bersama ais untuk versi lebih pekat
- Jika terlalu manis, boleh campur sedikit air kosong
- Guna limau kasturi untuk aroma lebih wangi
Pilihan Terbaik Waktu Berbuka
Minuman seperti air tebu memang terkenal membantu menghilangkan dahaga dengan cepat. Bila digabungkan dengan lemon, ia jadi pilihan yang lebih menyegarkan dan mudah diminum selepas seharian berpuasa.
Tak kira untuk keluarga atau tetamu, minuman ini memang sesuai dihidangkan ketika berbuka.
Kalau sudah bosan dengan minuman biasa, cuba versi ini pula. Bukan saja sedap, tapi buatkan anda rasa segar semula dengan cepat. Sekali cuba, memang nak lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: paksu.h4554n
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














