
Nak kawal kolesterol secara semula jadi, anda boleh cuba buat Jus Nanas Labu Siam. Jus ini bukan saja sedap diminum, tapi khasiatnya banyak untuk kesihatan dalaman.
Kolesterol tinggi merupakan antara masalah kesihatan yang tak ramai sedar. Tanda awal selalunya badan rasa cepat penat, mengantuk, pening dan malas nak bergerak. Jika dibiarkan, boleh jadi punca masalah jantung dan tekanan darah.
Perkongsian daripada Eychah MizzAishah di Facebook ini cukup menarik kerana beliau buatkan Jus Nanas Labu Siam ini untuk suaminya yang ada masalah kolesterol. Katanya selepas amalkan, badan rasa lebih ringan, kepala jarang sakit dan ada kesan detox yang bagus.
Baca juga: Bukan Sekadar Buah Saja Sedap, Rupanya Air Rebusan Daun Durian Belanda Ada 7 Khasiat Tersembunyi
RESIPI JUS NANAS LABU SIAM

Bahan-bahan:
- Sebiji nenas (kupas bersih)
- Sebiji labu siam (buang kulit dan potong kecil)
- 1 hingga 2 cawan air masak (ikut kepekatan, untuk jus)
*Untuk smoothie, tak perlu tambah air.
Cara-cara membuat smoothie:
1. Kupas nanas dan potong kecil.
2. Kisar nanas perlahan-lahan tanpa air hingga jusnya keluar.
3. Masukkan labu siam yang sudah dipotong, teruskan kisar sampai sebati.
4. Siap untuk diminum, lebih sedap jika disejukkan dulu dalam peti ais.
Cara-cara membuat jus:
1. Masukkan nenas, labu siam dan air ke dalam blender.
2. Kisar sampai betul-betul halus.
3, Tapis jika mahu lebih lembut, atau boleh terus minum.
4. Simpan dalam peti sejuk, hidang sejuk-sejuk memang menyegarkan.
Cara minum:
1. Minum 1 cawan sebelum tidur atau 1 cawan sebelum sarapan (bagi yang tiada masalah gastrik).
2. Amalkan setiap hari sampai habis satu adunan jus.
3. Pastikan juga minum banyak air kosong untuk membantu menyingkirkan kolesterol dan lemak yang sudah dipecahkan dari badan.
*Peringatan: Jika ada masalah asam urat atau gout, sebaiknya rujuk doktor terlebih dahulu sebelum cuba amalkan.
Antara khasiat yang terkandung dalam Jus Nanas Labu Siam jika diamalkan secara konsisten:
- Menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
- Membantu menurunkan berat badan.
- Melancarkan penghadaman dan lawaskan buang air.
- Membersihkan salur darah tersumbat.
- Melegakan sakit kepala & badan terasa ringan.
- Menyokong proses detoks secara semula jadi.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Eychah MizzAishah
Baca juga: Badan Cepat Lesu & Mengantuk? Cuba Petua Minum Air Asam Kunyit Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














